MAJLIS KHATAM AL-QURAN 1440H/2019


LAPORAN PROGRAM DAN AKTIVITI BAGI JABATAN PENGAJIAN AM
POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 1440H/2019


PERKARA
BUTIRAN
Pelaksana
PUSPANITA dengan kerjasama Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan
Tarikh

21 Mei 2019
Hari
Selasa
Masa
2.30 petang – 4.30 petang
Tempat

Masjid Politeknik Ibrahim Sultan
Peringkat
Politeknik
Kumpulan Sasaran

Pelajar dan staf Politeknik Ibrahim Sultan serta komuniti luar

Kejayaan/Pencapaian
Mendapat penyertaan daripada pelajar, staf dan komuniti luar seramai 200 orang penyertaan
Ringkasan Perjalanan Program


Program Majlis Khatam Al-Quran 1440H telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 21 Mei 2019 dengan penganjuran bersama PUSPANITA dan Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan. Program bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Program ini berjaya mengumpulkan sebanyak 200 penyertaan daripada staf dan pelajar politeknik serta komuniti luar. Antara komuniti luar yang terlibat adalah:

  1. Masjid Al Firdaus Taman Pasir Putih
  2. Masjid Al Munawwarah Taman Kota Masai
  3. Surau An Nur Taman Cahaya Masai
  4. Kelas Tahsin TPP
  5. Surau Al Istiqamah Taman Kota Masai
  6. Surau Al-Hidayah Taman Kota Masai
  7. Surau Al Mustaqim Taman Desa Rakyat Perdana
  8. PELITA WANIS
  9. Surau Alpina Taman Scientex
  10. HELWA Surau Abu Hurairah Taman Scientex
  11. Masjid At Taqwa
  12. PUSPANITA Pagoh

Tentatif Program Majlis Khatam Al-Quran adalah seperti berikut:

2.00 petang: Ketibaan peserta
2.30 petang: Majlis Khatam Al-Quran bermula
4.00 petang: Selawat beramai-ramai
4.30 petang: Solat Asar
5.00 petang: Bersurai

Majlis berlangsung dengan jayanya. Di akhir majlis, penyampaian cenderahati kepada wakil peserta tadarus dan wakil tetamu jemputa telah disempurnakan oleh Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, Puan Hajah Rashidah binti Mustapa.

Diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai satu bentuk program kerohanian dan juga sebagai satu platfom jalinan hubungan yang baik antara politeknik dan komuniti luar.
 Objektif Program :


1.      Menyemai perasaan ingin membaca Al-Quran dan khatam Al-Quran dalam bulan Ramadhan
2.      Membimbing para pelajar khususnya menjalani kehidupan yang seimbang dalam akademik mahupun dalam aspek kerohanian.

Strategi Pelaksanaan
  1. Majlis Khatam Al-Quran
  2. Tadarus Al-Quran
  3. Majlis Selawat

Masalah/kekangan yang dihadapi
Tiada
Alatan Bantu
Tiada
Kos
Pendapatan : RM 2,000.00
Perbelanjaan : RM2,000.00
Sumber : PUSPANITA dan Masjid Politeknik Ibrahim Sultan
Laporan kewangan seperti dilampiran 1
Impak Program

Kepada staf dan pelajar :
  1. Dapat memberi kesedaran tentang kepentingan program yang berunsurkan rohani dan lahiriah
Kepada Politeknik :
  1. Menaikkan imej dan nama baik Politeknik Malaysia, khususnya Politeknik Ibrahim Sultan.

Dokumentasi
Gambar program adalah seperti di lampiran 2
Senarai nama peserta
Lampiran 3












ISLAMIC INNOVATION CARNIVAL 2019




 LAPORAN PROGRAM DAN AKTIVITI BAGI JABATAN PENGAJIAN AM
POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

ISLAMIC INNOVATION CARNIVAL 2019


PERKARA
BUTIRAN
Pelaksana
Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am,                 Politeknik Ibrahim Sultan
Tarikh
03 April 2019
Hari
Rabu
Masa
8.00 pagi – 2.00 petang
Tempat

Ruang Legar Jabatan Pengajian An
Peringkat
Jabatan
Kumpulan Sasaran

Para pelajar Politeknik Ibrahim Sultan

Kejayaan/Pencapaian
Dimenangi oleh TIGA (3) kumpulan daripada 20 penyertaan kumpulan inovasi pelajar (bagi aktiviti Pertandingan Produk Inovasi Islam)
Ringkasan Perjalanan Program

Program Islamic Innovation Carnival (IIC) yang dilaksanakan pada 3 April 2019,  dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan, khusus bagi pelajar-pelajar Semester 2 dan 5 yang bertemakan “Trend, Integrasi, Teknologi” dapat merealisasikan matlamat politeknik bagi menghasilkan pelajar yang berkualiti dari segi jasmani dan rohani. Program yang berlangsung selama separuh hari ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan tamat pada pukul 2.00 petang, telah dilaksanakan dengan jayanya.






TENTATIF
RABU ( 3 APRIL 2019 )
8.00 pg – 9.00 pg    : Pendaftaran dan sarapan
     

9.00 pg -12.30 t.h : Pertandingan Produk Inovasi Islam (Ruang Legar JPA)
   
                               Perjurian untuk pertandingan video kreatif
                               (Smart Clasroom di CDeC.)

                               Digital Gamified-Learning League (Ruang Legar JPA)


1.00 ptg – 2.00 ptg  : Majlis Penyampaian Hadiah dan Majlis Penutup.                               


Program ini melibatkan pelajar-pelajar daripada semua jabatan induk  iaitu Jabatan Pelancongan & Hospitaliti (JPH), Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV), Jabatan Kejuruteraan Elektrikal (JKE) dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM).  Ia diisi dengan slot-slot seperti kemahiran berfikir dan menguji ilmu sedia ada para pelajar terutama yang berkaitan dengan silibus yang sedang mereka pelajari.    

Dalam pertandingan Produk Inovasi Islam, ia mencungkil kreativiti pelajar. Sebanyak 20 kumpulan telah melayakkan diri ke pertandingan akhir Produk Inovasi Islam dan sebanyak 3 kumpulan telah dinobatkan sebagai juara, naib juara dan tempat ketiga.  Pada masa yang sama, perjurian untuk pertandingan video kreatif  berlangsung di Smart Clasroom, CDeC. Manakala, pertandingan Digital Gamified-Learning League berlangsung di Ruang Legar JPA.

Perasmian Penyampaian Hadiah dan Penutup telah disempurnakan oleh Ketua Jabatan JPA dan program ini telah berakhir pada pukul 2 petang.

Diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai satu bentuk pendedahan kepada pelajar dan juga sebagai satu hidangan alternatif yang memenuhi piawaian Islam.
 Objektif Program :


1.   Meningkatkan kreativiti dan keberkesanan proses pengajaran dan 
      pembelajaran melalui hubung kait antara teori dan praktikal.
      Membuka minda pelajar tentang hubungkait sukatan pelajaran yang 
      mereka pelajari dengan penerangan input luaran daripada penceramah  
      yang  mengisi slot program.
2.   Memupuk dan meningkatkan kefahaman kesenian Islam serta  
      hubung kaitnya dengan budaya kreativiti / inovasi dalam kehidupan    
      seharian.
      Pelajar lebih memahami tentang kesenian Islam melalui inovasi yang  
      dipertandingkan serta relevannya unsur kesenian Islam dalam kehidupan.
3.   Melahirkan pelajar dan warga  Politeknik Ibrahim Sultan yang  
      mempunyai kemahiran berfikir aras  tinggi melalui aktiviti kesenian  
      dan inovasi.
      Pelajar dapat menjana dan menambahbaik keupayaan pemikiran sedia ada 
      mereka dengan merasai pengalaman sendiri terlibat dengan inovasi 
      bercirikan Islam .
4.   Membentuk fahaman konsep gamifikasi dalam pendidikan.
      Pelajar dapat bersaing secara sihat melalui permainan yang disediakan.

Strategi Pelaksanaan
  1. Pertandingan Produk Inovasi Islam
  2. Pertandingan Video Kreatif
  3. Game Dalam Talian
Masalah/kekangan yang dihadapi
Tiada
Alatan Bantu
Komputer Riba & LCD
Kos
Pendapatan : RM 4,660
Perbelanjaan : RM4,554.80
Sumber : Tabung Kerohanian Pelajar JPA
Laporan kewangan seperti dilampiran 1
Impak Program

Kepada pelajar :
  1. Proses pembelajaran kursus DUB1012-Pengajian Malaysia, DUA 2012 - Sains Teknologi & Kejuruteraan Dalam Islam, DUA 2032- Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam, DUA 2042 - Seni Dalam Islam dan  DUA 6022- Komunikas dan Penyiaran Dalam Islam lebih mudah difahami.
  2. Meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan  mengenai kepentingan inovasi dalam kalangan pelajar.
  3. Memberi ruang serta peluang kepada para pelajar berkarya @ berinovasi bagi meningkatkan keyakinan serta penampilan diri.
Kepada Politeknik :
  1. Menaikkan imej dan nama baik Politeknik Malaysia, khususnya Politeknik Ibrahim Sultan.
  2. Membantu Politeknik  menghasilkan graduan/lulusan yang kompeten dan berdaya saing tinggi dalam aspek kreativiti/inovasi.

Dokumentasi
Gambar program adalah seperti di lampiran 2
Senarai nama peserta
Lampiran 3