Pelaporan KURSUS INTENSIF PENGURUSAN JENAZAH
(Teori & Praktikal)
bagi Skuad Pengurusan Jenazah PIS & Jabatan Pengajian Am
Politeknik Ibrahim Sultan
Disediakan oleh:
Mimi Aineen Binti Abu Mansor
Tarikh :29 April 2018
Hari : Ahad
Masa : 8.00 am hingga 1.30 pm
Tempat : Masjid Politeknik Ibrahim Sultan
Pelaksana : Skuad Pengurusan Jenazah PIS
Kursus pengurusan jenazah ini, telah dilaksanakan
secara intensif meliputi teori dan praktikal. Secara khususnya, penyertaan
diwajibkan kepada ahli pelaksana SPJ PIS namun dibuka kepada staf JPA.
Ini adalah kerana kursus ini dilaksanakan secara berdepan agar peserta mudah
faham dan menerima apa yang disampaikan lalu tidak canggung untuk diaplikasi
apabila menguruskan jenazah sebenar kelak.
Seperti yang dimaklumi, objektif kursus ini
dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada peserta
berkaitan teori dan tatacara praktikal pengurusan jenazah mengikut syariat
Islam. Ia juga bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta melakukan
sendiri setiap proses pengurusan jenazah.
Bagi memberi keberkesanan kepada peserta kursus,
seorang penceramah yang mahir lagi berpengalaman telah dijemput bagi
mengisi keseluruhan slot kursus ini. Beliau adalah Ustazah Hafsah Binti Ahmad,
dari Pusat Rawatan Islam Zahratussyifa, Johor Bahru. Peserta telah
menerima penerangan secara teori bermula dari slot terapi pembersihan
hati, sehinggalah teori pengurusan jenazah secara berdepan dengan
penceramah. Bagi peserta yang telah mengetahui berkenaan pengurusan
jenazah, ia dapat memperkuat dan mendalami pengetahuan yang sedia ada.
Manakala bagi peserta yang tidak pernah terlibat dalam pengurusan jenazah
atau kurang mendalaminya, kursus ini memberi pendedahan kepada peserta
berkenaan. Bagi slot praktikal seperti mandi, memotong kain kafan dan
mengkafankan, peserta juga dapat terus bersoal jawab ketika sesi
tersebut dilaksanakan. Tentatif yang telah dijalankan adalah:
1. Sarapan Pagi
2. Sesi Terapi Rohani Diri
3. Teori Pengurusan Jenazah
4. Praktikal :
a)
Memandikan Jenazah
b)
Memotong Kain Kafan
c)
Mengkafan Jenazah
5. Tips Pengurusan Jenazah
6. Permasalahan dan Soal Jawab
7. Ucapan Timbalan Pengarah 2 SPJ PIS/ Ketua
Jabatan Pengajian Am Puan Norfarahi Binti
Zulkifli.
8. Penyampaian cenderahati.
9. Makan tengahari dan solat.
Bagi melancarkan kursus, pihak Bahagian Latihan
Wanita SPJ menyediakan peralatan yang lengkap agar para peserta mudah memahami
dan mengingat, lalu mudah dan cenderung untuk mempraktiknya kelak. Peralatan
yang disediakan adalah :
a) Patung (CPR) bersaiz manusia normal.
b) Tempat dan peralatan mandi yang lengkap termasuk
kapur barus, sabun, sintuk dan
lain-lain.
c) Kain kafan yang belum berjahit yang lengkap
dengan gunting dan kelengkapan yang
lain termasuk air mawar, cendana, celak, minyak
wangi.
d) Beberapa helai kain sarong, tuala dan berkaitan.
Peserta berpeluang melakukan sendiri pengurusan
jenazah bermula menyediakan air bancuhan mandian sehinggalah memandikan. Peserta
dapat mengetahui dan mengaplikasi memotong kain kafan sehingga mengkafankan.
Untuk memudahkan peserta melaksanakan praktikal pengurusan jenazah ini, patung
perubatan (CPR) digunakan. Oleh itu pensyarah lebih mudah mempraktikkan apa
yang dipelajari terutama proses menggunting kain kafan dan mengkafankan
jenazah.
Ternyata, kursus intensif pengurusan jenazah teori
dan praktikal ini telah memberi impak kepada peserta dari segi mendalami dan
mempraktik sendiri cara-cara pengurusan jenazah dari awal sehingga akhir.
Selain itu, ia juga dapat mewujudkan keyakinan diri kepada peserta dalam
perlaksanaan pengurusan jenazah. Justeru, mampu menambah ilmu pengetahuan
kepada peserta dan paling utama memupuk rasa berani dan rasa tanggungjawab dalam
pengurusan jenazah.