LAPORAN PROGRAM
DAN AKTIVITI BAGI JABATAN PENGAJIAN AM POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN
KEM SMART SOLAT
2018
PERKARA
|
BUTIRAN
|
Pelaksana
|
Unit
Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan
|
Tarikh
|
13 Januari
2018
|
Hari
|
Sabtu
|
Masa
|
7.30 am –
1.10 pm
|
Tempat
|
Masjid Politeknik Ibrahim Sultan
|
Peringkat
|
Jabatan
|
Kumpulan Sasaran
|
Semua
pelajar semester 2 JKM/JKE/JPH dan JRKV
|
Kejayaan/Pencapaian
|
Semua
pelajar yang hadir dapat mengikuti sesi ceramah dan melaksanakan amali solat
sehingga selesai
|
Ringkasan Perjalanan Program
|
Program Kem Smart Solat yang dilaksanakan pada 13 Januari 2018 yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam
dan Moral, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan, khusus bagi
pelajar-pelajar semester 2 yang bertemakan “Solat Membentuk Insan Dinamik” dapat merealisasikan
matlamat politeknik bagi menghasilkan pelajar yang berkualiti dari segi
jasmani dan rohani. Program tersebut
telah dirasmikan oleh Mejar Norizam Bin Sekak, Timbalan Pengarah Akademik
Politeknik Ibrahim Sultan. Program yang bermula seawal jam 7.30 pagi hingga
1.00 petang yang bertempat di Masjid, Politeknik Ibrahim Sultan ini telah
dilaksanakan dengan jayanya.
TENTATIF
7.30 pagi : Pendaftaran peserta
8.15 pagi : Ketibaan Perasmi (pengarah/Timbalan Pengarah)
8.30 pagi : Perasmian Program
9.00 pagi : Slot ceramah:
- Perkara asas dalam solat
-
Kesalahan yang biasa dilakukan dalam solat
-
Dosa meningggalkan solat
10.30 pagi : Kuiz Bestari Solat
11.00 pagi :
Amali Solat (Dalam Kumpulan)
1.10 Tengahari :
Solat Zohor berjemaah/bersurai
Program ini
melibatkan seramai 650 orang pelajar semester 2 JKM, JKE, JPH dan JRKV sesi
Dis 2017. Selepas majlis perasmian, program diteruskan dengan slot ceramah
berkenaan perkara asas dalam solat, kesalahan yang biasa dilakukan dalam
solat serta dosa meninggalkan solat. Selesai slot ceramah, program diteruskan
dengan sesi Kuiz Bestari Solat berkenaan perkara yang telah diterangkan di
dalam slot ceramah. Sebanyak lima soalan beserta hadiah disediakan bagi
pelajar yang berjaya menjawab soalan kuiz. Pelajar menunjukkan minat dan
teruja untuk menjawab soalan kuiz yang telah disediakan.
|
Strategi Pelaksanaan
|
- Slot ceramah telah
disampaikan oleh Ustaz Hashim Bin Mat Zin. berkenaan perkara asas dalam solat, kesalahan yang
biasa dilakukan dalam solat serta dosa meninggalkan solat. Slot diakhiri dengan
kuiz bestari sebelum memulakan amali.
- Slot amali solat dilaksanakan
oleh semua pensyarah unit agama Jabatan Pengajian Am yang bertindak selaku
fasilitator Kem Smart Solat. Pelajar melaksanakan amali solat mengikut
kumpulan-kumpulan kecil agar lebih mudah untuk dipantau oleh fasilitator.
Manakala para pensyarah atau fasilitator melihat, menilai serta
memperbetulkan pergerakan amali solat para pelajar.
- Selesai melaksanakan amali
solat, semua pelajar dan para pensyarah melaksanakan solat zohor secara
berjemaah
Secara
keseluruhannya, pelajar semester 2 Politeknik Ibrahim Sultan dapat
melaksanakan amali solat dengan sempurna serta mampu memberikan kerjasama
yang baik kepada para fasilitator.
|
Masalah/kekangan yang dihadapi
|
Tiada
masalah
|
Alatan Bantu
|
Komputer
Riba, LCD Projektor, Mikrofon
|
Kos
|
Pendapatan
: RM 2050.00
Perbelanjaan
:
Sumber : Tabung Kerohanian Pelajar JPA
Laporan
kewangan seperti dilampiran 1
|
Impak Program
|
Selain itu, pelajar dapat memantapkan
dan memperbetulkan gerakan-gerakan dalam solat menerusi aktiviti amali solat
yang dilaksanakan.
|
Dokumentasi
|
Gambar program adalah seperti
di lampiran 2
|
Senarai nama peserta
|
Lampiran 3
|
No comments:
Post a Comment