PERHIMPUNAN BULANAN

Perhimpunan bulanan anjuran JPA pada 25 Januari 2018 berjalan lancar seperti yang dirancang dengan kerjasama oleh semua warga JPA khususnya.








KEM SMART SOLAT SESI DIS 2017

LAPORAN PROGRAM DAN AKTIVITI BAGI JABATAN PENGAJIAN AM POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

KEM SMART SOLAT 2018

PERKARA
BUTIRAN
Pelaksana
Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan
Tarikh
13 Januari 2018
Hari
Sabtu
Masa
7.30 am – 1.10 pm
Tempat

Masjid Politeknik Ibrahim Sultan
Peringkat
Jabatan
Kumpulan Sasaran
Semua pelajar semester 2 JKM/JKE/JPH dan JRKV
Kejayaan/Pencapaian
Semua pelajar yang hadir dapat mengikuti sesi ceramah dan melaksanakan amali solat sehingga selesai
Ringkasan Perjalanan Program

Program Kem Smart Solat yang dilaksanakan pada 13 Januari 2018  yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan, khusus bagi pelajar-pelajar semester 2 yang bertemakan “Solat Membentuk Insan Dinamik” dapat merealisasikan matlamat politeknik bagi menghasilkan pelajar yang berkualiti dari segi jasmani dan rohani. Program  tersebut telah dirasmikan oleh Mejar Norizam Bin Sekak, Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Ibrahim Sultan. Program yang bermula seawal jam 7.30 pagi hingga 1.00 petang yang bertempat di Masjid, Politeknik Ibrahim Sultan ini telah dilaksanakan dengan jayanya.

TENTATIF

7.30 pagi                                 : Pendaftaran peserta
8.15 pagi                                 : Ketibaan Perasmi                   (pengarah/Timbalan Pengarah)
8.30 pagi                                 : Perasmian Program
9.00 pagi                                 : Slot ceramah:
 - Perkara asas dalam solat
                                                 - Kesalahan yang biasa dilakukan              dalam solat
                                                - Dosa meningggalkan solat
10.30 pagi                               : Kuiz Bestari Solat
11.00 pagi                               : Amali Solat (Dalam Kumpulan)
1.10 Tengahari                        : Solat Zohor berjemaah/bersurai

           
Program ini melibatkan seramai 650 orang pelajar semester 2 JKM, JKE, JPH dan JRKV sesi Dis 2017. Selepas majlis perasmian, program diteruskan dengan slot ceramah berkenaan perkara asas dalam solat, kesalahan yang biasa dilakukan dalam solat serta dosa meninggalkan solat. Selesai slot ceramah, program diteruskan dengan sesi Kuiz Bestari Solat berkenaan perkara yang telah diterangkan di dalam slot ceramah. Sebanyak lima soalan beserta hadiah disediakan bagi pelajar yang berjaya menjawab soalan kuiz. Pelajar menunjukkan minat dan teruja untuk menjawab soalan kuiz yang telah disediakan.

Strategi Pelaksanaan
  1. Slot ceramah
-       Slot ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Hashim Bin Mat Zin. berkenaan perkara asas dalam solat, kesalahan yang biasa dilakukan dalam solat serta dosa meninggalkan solat. Slot diakhiri dengan kuiz bestari sebelum memulakan amali.

  1. Amali solat (praktikal)
-       Slot amali solat dilaksanakan oleh semua pensyarah unit agama Jabatan Pengajian Am yang bertindak selaku fasilitator Kem Smart Solat. Pelajar melaksanakan amali solat mengikut kumpulan-kumpulan kecil agar lebih mudah untuk dipantau oleh fasilitator. Manakala para pensyarah atau fasilitator melihat, menilai serta memperbetulkan pergerakan amali solat para pelajar.
  1. Solat Zohor berjemaah
-       Selesai melaksanakan amali solat, semua pelajar dan para pensyarah melaksanakan solat zohor secara berjemaah

Secara keseluruhannya, pelajar semester 2 Politeknik Ibrahim Sultan dapat melaksanakan amali solat dengan sempurna serta mampu memberikan kerjasama yang baik kepada para fasilitator.


Masalah/kekangan yang dihadapi
Tiada masalah
Alatan Bantu
Komputer Riba, LCD Projektor, Mikrofon
Kos
Pendapatan : RM 2050.00
Perbelanjaan :
Sumber : Tabung Kerohanian Pelajar JPA
Laporan kewangan seperti dilampiran 1
Impak Program

  1. Meningkatkan pemahaman pelajar berkenaan perkara asas dalam solat
  2. Meningkatkan pengetahuan pelajar berkenaan kesalahan  yang biasa dilakukan dalam solat
  3. Memperingati pelajar berkenaan dosa meninggalkan solat

Selain itu, pelajar dapat memantapkan dan memperbetulkan gerakan-gerakan dalam solat menerusi aktiviti amali solat yang dilaksanakan.

Dokumentasi

Gambar program adalah seperti di lampiran 2

Senarai nama peserta
Lampiran 3