ASPIRASI KESENIAN ISLAM 2017


LAPORAN PROGRAM DAN AKTIVITI BAGI JABATAN PENGAJIAN AM
POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

ASPIRASI KESENIAN ISLAM 2017

Disediakan oleh : Pn Dina bt. Abdul Khalik
                           Setiausaha Aspirasi Kesenian Islam 2017

Pada 13 dan 14 September 2017, Program Aspirasi Kesenian Islam anjuran Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan telah dilaksanakan, khusus bagi pelajar-pelajar Semester 2 dan 5 yang bertemakan ”Kesenian Menjana Inovasi Kehidupan . Program di bawah pengarahnya, Ustazah Hafizah bt. Md Yusof  bertujuan merealisasikan matlamat politeknik bagi menghasilkan pelajar yang berkualiti dari segi jasmani dan rohani.  Program  yang berlangsung selama 2 hari ini telah dirasmikan oleh wakil Pengarah Biro Tatanegara Negeri Johor  bermula seawal jam 8.00 pagi dan tamat pada pukul 11.00 malam pada hari pertama dan tamat pada pukul 2.00 petang pada hari terakhir di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil, Dewan Kuliah Utama dan Exhibition Hall CdEC.
Aktiviti yang disediakan adalah berbentuk slot-slot ceramah (4 slot) , 1 slot belajar mengaji  (EZ Tarannum), Qasidah dan Buskers PIS dan juga slot inovasi. Sebanyak 18 kumpulan pelajar telah mempertandingkan hasil inovasi daripada tugasan projek berdasarkan silibus semester 2. Selain penyertaan daripada para pelajar semester 2 dan 5 , program ini turut membuka peluang kepada pelajar-pelajar sekolah kebangsaan sekitar  PIS agar dapat bersama-sama melihat produk-produk inovasi berasaskan ciri-ciri Islam yang dipertandingkan.
Sesuai dengan tema program, hiburan alternatif berbentuk Islam telah mengisi slot pada malamnya. Qasidah Ya Hanana oleh sekumpulan pelajar dari Madrasah al-Attas Ulu Tiram dan juga nyanyian ketuhanan daripada kumpulan Buskers PIS telah dipersembahkan.
Manakala gerai-gerai dan food truck disediakan di sekitar dewan untuk para pengunjung  menikmati pelbagai pilihan makanan . Masih menepati tema program, terdapat antara gerai-gerai tersebut yang menjual pemakanan sunnah , produk hasil bumiputera yang berlogo halal dan juga gerai kaligrafi khat.
Secara keseluruhannya , para pelajar dan pengunjung berpuas hati dengan program yang dijalankan . Diharapkan program sebegini dapat diadakan lagi dengan pengisian  aktiviti yang menarik dan lebih dekat di hati para pelajar.

Gambar-gambar Aktiviti Aspirasi Kesenian Islam
                                                                                             


















No comments:

Post a Comment