BENGKEL ONLINE LEARNING THEORY (VIDEO EDITING)

LAPORAN BENGKEL ONLINE LEARNING THEORY
(VIDEO EDITING)
ADOBE PREMIERE PRO

disediakan oleh:
Mimi Aineen Binti Abu Mansor



Tarikh              : 15 - 17 Mei 2017
Hari                 : Isnin – Rabu
Jam                  : 8.00 am-5.00 pm
Tempat            : E-Learning Lab, CdeC, PIS
Anjuran           : E-Learning PIS & JPA


Bengkel Online Learning Theory (OL) sebenarnya adalah Kursus/Bengkel Video Editing Siri 2 anjuran e-learning PIS dan JPA untuk tahun 2017 ini.  Diperkenalkan istilah Online Learning Theory adalah kerana istilah ini dapat memberi pendedahan awal kepada pensyarah JPA agar terdedah dan terbiasa dengan perkataan tersebut. Kesan dari pendedahan tersebut menyebabkan pensyarah akan faham istilah yang digunakan di dalam BLDT dan apakah bahan yang perlu ada di dalam kategori Online Learning Theory di BLDT. Rentetan dari itu, menyebabkan mereka terbiasa dengan istilah ini, untuk kegunaan BLFR. Oleh yang demikian itu, hasil bahan Online Learning Theory tersebut dimuatkan di platform CIDOS.


Bengkel ini merupakan satu usaha, inisiatif e-learning PIS untuk memperkukuhkan lagi skil para pensyarah dalam penyediaan video P & P terhadap pensyarah JPA. Sebagaimana Kursus Video Editing yang telah diadakan pada 23 Februari 2017 dan beberapa bengkel susulan selepas tarikh tersebut iaitu pada 1 Mac 2017 dan diikuti beberapa sesi susulan praktikal samada secara berkumpulan atau berseorangan; bengkel ini merupakan satu inisiatif e-learning PIS membantu pensyarah yang tidak mahir untuk menyiapkan video P & P secara berpandu. Di samping itu juga, bengkel ini bertujuan untuk mendorong pensyarah yang mahir yang berpotensi untuk menghasilkan dan menambah video P&P. Bagi melaksanakan konsep pendidikan di abad 21, bengkel ini juga bertujuan untuk memastikan proses P&P secara Blended Learning berjalan lancar dan selaras dengan lonjakan ke 9 Membangunkan Global Online Learning (GOL).

Bengkel ini mendapat panduan secara keseluruhan dari dua orang penceramah yang mahir iaitu En Muhammad Abdul Haq Bin Abdul Aziz mantan pegawai UIDM, PIS yang juga mantan jawatakuasa e-learning PIS dan En Saadon Bin Zainal antara tenaga berkemahiran video editing di UIDM, PIS kini. Kedua-dua penceramah ini membantu berkongsi kemahiran mereka samada dari segi teori malahan dari segi praktikal. Hasilnya, JPA dapat menghasilkan video P&P mereka sendiri. Sembilan video P&P dapat dihasilkan menerusi kumpulan dan perseorangan. Dua di antara video bukan berbentuk Adobe kerana peserta tidak dapat menghadiri kursus secara penuh kerana komitmen lain. Namun mereka tetap  berinisiatif menyiapkan dan menghantar video mengikut kemampuan dan kemahiran mereka sendiri.



Impak dari bengkel Online Learning Theory yang dapat dikeutarakan di sini adalah dari segi penghasilan produksi video. Selain ia membantu kemahiran pensyarah dalam penghasilan video, ia juga dapat digunakan untuk kegunaan semasa P & P. Malahan dapat bertukar-tukar bahan yang mereka hasilkan dengan pensyarah yang lain. Bagi video yang berpotensi, ia akan dibawa ke pertandingan yang berkaitan atau disenaraikan sebagai bahan P&P PIS. Seterusnya membantu KPI politeknik kelak.
















No comments:

Post a Comment