LAPORAN BENGKEL ONLINE LEARNING
THEORY
(VIDEO EDITING)
ADOBE PREMIERE PRO
disediakan oleh:
Mimi Aineen Binti Abu Mansor
Tarikh : 15 - 17
Mei 2017
Hari : Isnin –
Rabu
Jam : 8.00
am-5.00 pm
Tempat :
E-Learning Lab, CdeC, PIS
Anjuran : E-Learning
PIS & JPA
Bengkel Online Learning Theory
(OL) sebenarnya adalah Kursus/Bengkel Video Editing Siri 2 anjuran e-learning
PIS dan JPA untuk tahun 2017 ini. Diperkenalkan istilah Online Learning
Theory adalah kerana istilah ini dapat memberi pendedahan awal kepada
pensyarah JPA agar terdedah dan terbiasa dengan perkataan tersebut. Kesan dari
pendedahan tersebut menyebabkan pensyarah akan faham istilah yang digunakan di
dalam BLDT dan apakah bahan yang perlu ada di dalam kategori Online Learning
Theory di BLDT. Rentetan dari itu, menyebabkan mereka terbiasa dengan
istilah ini, untuk kegunaan BLFR. Oleh yang demikian itu, hasil bahan Online
Learning Theory tersebut dimuatkan di platform CIDOS.
Bengkel ini merupakan satu usaha,
inisiatif e-learning PIS untuk memperkukuhkan lagi skil para pensyarah dalam
penyediaan video P & P terhadap pensyarah JPA. Sebagaimana Kursus Video
Editing yang telah diadakan pada 23 Februari 2017 dan beberapa bengkel susulan
selepas tarikh tersebut iaitu pada 1 Mac 2017 dan diikuti beberapa sesi susulan
praktikal samada secara berkumpulan atau berseorangan; bengkel ini merupakan
satu inisiatif e-learning PIS membantu pensyarah yang tidak mahir untuk
menyiapkan video P & P secara berpandu. Di samping itu juga, bengkel ini
bertujuan untuk mendorong pensyarah yang mahir yang berpotensi untuk
menghasilkan dan menambah video P&P. Bagi melaksanakan konsep pendidikan di
abad 21, bengkel ini juga bertujuan untuk memastikan proses P&P secara Blended
Learning berjalan lancar dan selaras dengan lonjakan ke 9 Membangunkan Global
Online Learning (GOL).
Bengkel ini mendapat panduan secara
keseluruhan dari dua orang penceramah yang mahir iaitu En Muhammad Abdul Haq
Bin Abdul Aziz mantan pegawai UIDM, PIS yang juga mantan jawatakuasa e-learning
PIS dan En Saadon Bin Zainal antara tenaga berkemahiran video editing di UIDM,
PIS kini. Kedua-dua penceramah ini membantu berkongsi kemahiran mereka samada
dari segi teori malahan dari segi praktikal. Hasilnya, JPA dapat menghasilkan
video P&P mereka sendiri. Sembilan video P&P dapat dihasilkan menerusi
kumpulan dan perseorangan. Dua di antara video bukan berbentuk Adobe kerana
peserta tidak dapat menghadiri kursus secara penuh kerana komitmen lain. Namun
mereka tetap berinisiatif menyiapkan dan
menghantar video mengikut kemampuan dan kemahiran mereka sendiri.
Impak dari bengkel Online Learning
Theory yang dapat dikeutarakan di sini adalah dari segi penghasilan produksi video.
Selain ia membantu kemahiran pensyarah dalam penghasilan video, ia juga dapat
digunakan untuk kegunaan semasa P & P. Malahan dapat bertukar-tukar bahan
yang mereka hasilkan dengan pensyarah yang lain. Bagi video yang berpotensi, ia
akan dibawa ke pertandingan yang berkaitan atau disenaraikan sebagai bahan
P&P PIS. Seterusnya membantu KPI politeknik kelak.