Program Musafir




PERKARA
BUTIRAN
Pelaksana
POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN
ANJURAN BERSAMA
JABATAN PENGAJIAN AM
DUP2 & DHM2
Tarikh
22 MAC 2017
Hari
RABU
Masa
9.00 PAGI – 9:00 MALAM
Tempat
TELUK GOREK, MERSING
Ringkasan Perjalanan Program
Berikut merupakan tentatif program berkenaan program MUSAFIR
            TENTATIF PROGRAM

MASA

AKTIVITI
7.30am
- Semua peserta berkumpul di PIS(bangunan admin)
08.00am
- Pendaftaran semua peserta
- Sarapan Pagi
09.00am
-Bertolak ke destinasi
12.00pm
- Tiba di destinasi
-Makan Tengahari
1.00pm
- Open MIC Ustaz Hamdan
1.15pm 
- Aktiviti dijalankan
- Sukaneka
 4.00pm
- Minum petang

4.30pm
- Solat berjemaah Jamak dan Qasar(Zuhur dan Asar)
-Waktu kendiri

5.30pm
-Bertolak pulang

9.00pm
-Tiba di PIS


                       



Masalah/Kekangan yang dihadapi
Masalah:
  1. Kesalahfahaman dalam penyampaian maklumat
Penyelesaian:
  1. Mengadakan perjumpaan semua ahli jawatankuasa

Alatan Bantu
-          Portable MIC
Impak Program
Diakhir program ini, para pelajar dapat:
a)      Mengetahui dengan lebih mendalam tentang Musafir.
Dokumentasi
1)      Gambar
Lampiran 2


LAMPIRAN 2
GAMBAR PROGRAM

Program dimulakan dengan kehadiran peserta 
AJK makanan mengedarkan sarapan kepada semua peserta 



Peserta menaiki bas dan bertolak ke Mersing

Bas yang dinaiki sampai ke destinasi dan AJK makanan mengedarkan makanan tengahari

Open mic bersama ustaz hamdan

Aktiviti sukaneka dijalankan

1.baling belon
2. Galah panjang



Minum petang 


Solat berjemaah 

Sesi bergambar bersama semua peserta kemudian bertolak pulang ke PIS














Program Bersama Minggu JMSK

Tarikh : 19 Mac 2017
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan Tunku Laksmana Abdul Jalil
















program penyembelihan


KURSUS SEMBELIHAN‘ASAS-ASAS SEMBELIHAN’



PERKARA
BUTIRAN
Pelaksana
Pelajar Pengurusan Acara Semester 2
Tarikh
11 Mac 2017
Hari
Sabtu
Masa
8.30 pg-1.00 ptg
Tempat
Masjid Politeknik Ibrahim Sultan
Peringkat
Kelas

Kumpulan Sasaran
Semua Pelajar Pengurusan Acara Semester 2 (52 orang),
Pelajar Hotel Management Semester 2(17 orang) Pelajar
Tourism (24 orang), Pelajar Hotel And Catering Semester 5
( 37 orang)

Ringkasan Perjalanan
Program
Program Kursus Sembelihan “Asas-Asas Sembelihan”
merupakan satu program khas yang dianjurkan oleh Pelajar
Pengurusan Acara Semester 2 di bawah subjek Pelancongan
dan Hospitaliti dalam Islam. Program ini dijalankan bagi
mendedahkan pelajar tentang asas- asas sembelihan serta cara
yang betul untuk melaksanakan penyembelihan.

Program ini telah dijalankan pada 11 Mac 2017 bermula
seawal 7.30 pagi di mana semua peserta diminta untuk
berkumpul di perkarangan Masjid Politeknik Ibrahim Sultan
untuk urusan pendaftaran. Setelah selesai, peserta dibenarkan
untuk bersarapan terlebih dahulu. Peserta kemudiannya
dikumpulkan di parking kereta Masjid Politeknik pada jam
8.30 pagi untuk diberikan sedikit taklimat dan ceramah
tentang sembelihan oleh penceramah jemputan. Tepat pada
9.30 pagi demonstrasi penyembelihan ditunjukkan oleh
penceramah jemputan dan kemudiannya diikuti oleh pelajar
untuk mengaplikasikan teknik-teknik penyembelihan dengan


menyembelih puyuh dan ayam (bagi pelajar yang terpilih
sahaja). Aktiviti penyembelihan diteruskan sehingga jam
11.30 pagi.

Sebanyak 130 ekor puyuh dan 5 ekor ayam telah berjaya
disembelih. Selain itu, pelajar juga diminta untuk
membersihkan puyuh dan ayam yang telah mereka sembelih
untuk dimasak oleh ajk makanan sebagai lauk makan tengah
hari mereka. Mereka diberikan makan tengah hari pada jam 1
petang dan diberikan kebenaran untuk bersurai setelah makan
tengah hari.

Objektif Program
a) Memberi peluang dan pengalaman kepada pelajar
untuk mengetahui ilmu sembelihan
Huraian: Tujuan utama program ini diadakan adalah
untuk menambah ilmu para pelajar tentang
sembelihan. Program ini mengajar para pelajar teknik-
teknik yang betul untul melakukan sembelihan agar
sembelihan yang dilakukan adalah sempurna.
b) Menerapkan kerjasama dan hubungan baik antara
pelajar dan pensyarah
Huraian: Program ini sedikit sebanyak dapat
mengeratkan hubungan antara pensyarah dan pelajar
apabila pelajar memerlukan tunjuk ajar serta
bimbingan dari pensyarah untuk membantu mereka
melakukan penyembelihan.
c) Memberi pengalaman dan nilai sukarelawan kepada
pelajar untuk masa hadapan.
Huraian:. Hal ini dapat menyuntik semangat
sukarelawan khususya kepada peserta kerana mereka
diminta untuk sama-sama membersihkan haiwan
sembelihan mereka.










































































































               
Strategi Pelaksanaan

               
               
a) Menjalinkan kerjasama erat dengan pihak Kafeteria Hi10 serta Masjid Politeknik Ibrahim Sultan.
b) Mendapatkan kelulusan dan kebenaran daripada Pensyarah Program, serta Timbalan Pengarah Akademik untuk melaksanakan Program Sembelihan.
c) Melawat kawasan persekitaran Masjid Politeknik untuk dijadikan tapak penyembelihan.


Masalah/Kekangan yang dihadapi
Terdapat beberapa masalah ketika program ini dijalankan, antaranya ialah:
- Pelajar yang enggan bekerjasama untuk melakukan aktiviti penyembelihan.
- Kesukaran untuk mendapatkan bahan masakan
-  Berlaku kekeliruan antara peserta dan AJK
Alatan Bantu
- Portable Mic
Impak Program

a) Pelajar-pelajar dapat merasai pengalaman   melaksanakan penyembelihan
b) Mewujudkan kerjasama baik antara pihak  Masjid Politeknik dan peserta sembelihan.
c) Peserta dapat mengaplikasikan teori-teori  sembelihan pada masa akan datang.