LAPORAN PEMBUDAYAAN AL-QURAN
SEMEPENA HARI MAULIDURRASUL
”SEANDAINYA RASULULLAH MASIH BERSAMA”
2015
Oleh :
Mohd Khairul Naim bin Sameri
Tarikh :
31 Disember 2015
Tempat :
Dewan Kuliah Utama (DKU)
Politeknik Ibrahim Sultan
PENDAHULUAN
Pada 31 Disember
2015 Unit Agama Jabatan
Pengajian Am Politeknik Ibrahim Sultan dengan kerjasama Masjid Politeknik
Ibrahim Sultan telah melancarkan satu program kerohanian yang diberi nama Program
pembudayaan Al Quran sempena
Maulidurrasul yang bertajuk ”seandainya Rasulullah masih ada ”, dikalangan Staff
dan Pelajar semester satu Politeknik Ibrahim Sultan.Program ini berlangsung
selama sehari bermula jam 8.00 pagi sehingga 9.00 pagi bertempat di Dewan
Kuliah Utama (DKU) Politeknik Ibrahim Sultan.Program pada kali ini telah memaparkan
penceramah undangan Alfadhil Ustaz
Muhammad Hariz bin Ismail pensyarah
Universiti Teknologi Mara (UITM) Pasir Gudang yang mahir dengan Al Quran dan
kisah-kisah Rasululah S.A.W.
MATLAMAT
DAN OBJEKTIF
Program Pembudayaan Al-Quran ini merupakan aktiviti berkala yang
dijalankan sebanyak dua minggu pada setiap bulan bermula bulan Disember ini. Pengisian Program
Pembudayaan Al quran pada kali ini lebih cenderung mengaitkan kisah Rasulullah
dengan penghayatan Al Quran .Penceramah membawa kisah Rasulullah sebagai contoh
terbaik dalam mentadabur Al Quran dan mengamalkannya serta mengaitkan dengan
motivasi untuk pendengar menjaga bacaan dan mempelajarinya.Matlamat dari
program ini untuk berkongsi tips-tips
penghayatan Al Quran serta menjadikan Rasulullah sebagai contoh yang
utama .
PENGISIAN
Program
pembudayaan Al Quran ini adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan dikalangan
staff dan pelajar Politeknik Ibrahim Sultan serta membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan
dengan ayat Al Quran disamping berkongsi kisah Rasulullah sebagai contoh ikutan
yang sesuai diamalkan sepanjang zaman.Secara keseluruhannya, program ini
berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Majlis penyerahan cenderahati
disempurnakan oleh Pengerusi Masjid Politeknik Ibrahim Sultan Tn.Syed Abd Kadir
kepada penceramah .Pihak penganjur khususnya Unit Agama, Jabatan Pengajian Am
dan Masjid Politeknik Ibrahim Sultan mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan
dari semua jabatan yang terlibat menjayakan program pembudayaan Al Quran khas
sempena sambutan Maulidurrasul 1437 H pada kali ini dan mengharapkan agar
program seumpama ini dapat diterusakan lagi pada masa akan datang.