KURSUS PRA PERKAHWINAN

LAPORAN PROGRAM :
“KURSUS PRA PERKAHWINAN”
ANJURAN :  MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP), PIS & JABATAN PENGAJIAN AM
KERJASAMA :   BAHAGIAN UNDANG-UNDANG SYARIAH, JABATAN AGAMA JOHOR
TARIKH :   10 & 11 Oktober 2014
TEMPAT :   DEWAN KULIAH UTAMA, PIS
 
 

1.0  OBJEKTIF PROGRAM

 

        I.            Memberi pendedahan awal alam perkahwinan kepada yang ingin berumah tangga

      II.            Memberi panduan kepada peserta tentang cara menguruskan proses perkahwinan daripada permohonan pernikahan sehingga ke hari pernikahan

    III.            Panduan bagi persiapan diri untuk menghadapi alam perkahwinan dan tanggungjawab membentuk sebuah keluarga serta menguruskannya.

    IV.            Memberi panduan bagi menghadapi konflik di dalam rumah tangga dan cara mengatasi dengan berkesan.

 

2.0  BUTIRAN AKTIVITI

 

Tarikh : 10 & 11 Oktober 2014

Tempat : Dewan Kuliah Utama PIS

Program : Kursus Pra Perkahwinan         

Tentatif :

          

           10 OKTOBER 2014

MASA
AKTIVITI
8.00 PG – 9.00 PG
PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT
9.00 PG – 12.15 TGHR
SLOT 1 - 3
12.15 TGHR – 2.15 PTG
REHAT DAN SOLAT
2.15 PTG – 5.30 PTG
SLOT 4 - 6
5.30 PTG
BERSURAI

 

11 OKTOBER 2014

MASA
AKTIVITI
8.00 PG – 12.15 TGHR
SLOT 7 - 10
12.15 TGHR – 1.30 PTG
REHAT DAN SOLAT
1.45 PTG – 3.15 PTG
SLOT 11 & 12
3.15 PTG – 3.45 PTG
PENYAMPAIAN SIJIL
3.45 PTG
BERSURAI

 

3.0  BUTIRAN PPI

           Penceramah  program adalah jemputan dari Bahagian Undang-Undang Syariah,

Jabatan Agama Johor.

 

4.0  RUMUSAN

 

Di akhir program ini, pelajar dan hadirin yang hadir dapat mengisi ilmu rumah tangga lebih awal sebelum mendirikan rumahtangga. Malahan dapat mengetahuai prosedur yang betul sebelum, semasa dan selepas berkahwin.

 

5.0  MAKLUMBALAS PESERTA DAN PENSYARAH

Pada keseluruhannya para peserta sangat berpuas hati dengan aktiviti program ini di mana ceramah tersebut telah disampaikan oleh penceramah yang arif tentang hal rumahtangga. Para peserta juga dapat input yang banyak dari kursus ini serta diberikan sijil pra perkahwinan sebagai persediaan awal sebelum perkahwinan.

 

6.0  CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN

Pelbagai penambahbaikkan yang telah dicadangkan oleh peserta, pensyarah juga AJK sendiri iaitu dengan menambahkan lagi aktiviti menarik dan peruntukan masa yamg lebih lama supaya semua yang hadir pada program tersebut dapat merasai aktiviti yang dijalankan.

 

LAMPIRAN:
 







 

SIRI WACANA PEMARTABATAN BAHASA


LAPORAN WACANA PEMARTABATAN BAHASA

KEBANGSAAN DALAM SEKTOR AWAM



Oleh :

Ummul Hafizah Bt Ali

 

Tarikh :    25 September  2014

Tempat :  Dewan Kuliah Utama, PIS

 

            Tanggal 25 September 2014 yang lalu, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) telah mengadakan Siri Wacana Pemartabatan Bahasa Kebangsaan Dalam Sektor Awam. Wacana tersebut telah disampaikan oleh Ybhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Razak Salleh daripada Pusat Pengajian Sains Matematik, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya bermula seawal jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi.

 

            Program ini telah melibatkan seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah Politeknik Ibrahim Sultan. Seterusnya, objektif program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman tentang martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di negara ini dalam kalangan warganegara. Justeru itu, program ini juga menegaskan pelaksanaan dasar bahasa kebangsaan serta meningkatkan kefahaman warganegara tentang Dasar Bahasa Kebangsaan di Malaysia. Seterusnya, dapat memperteguhkan sikap dan pendirian warganegara terhadap peranan bahasa kebangsaan dan pembentukan jati diri dan asas pembinaan negara.

 

            Ucapan terima kasih kepada semua pensyarah yang terlibat dalam menjayakan program ini sama ada secara langsung atau tidak langsung serta kepada Ketua Jabatan Pengajian Am, Encik Noor Azmi Bin Hj. Asmawi selaku penasihat Wacana Pemartabatan Bahasa Kebangsaan Dalam Sektor Awam. Sekian Wasalam.






 

Program CSR : Smart Solat


 
LAPORAN PROGRAM SMART SOLAT
SMK Bandar Seri Alam
 
Oleh :
Ummul Hafizah Bt Ali
 
Tarikh :  28 Ogos  2014
Tempat :  Surau SMK Bandar Seri Alam
 
            Tanggal 28 Ogos 2014 yang lalu, Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan dengan kerjasama SMK Bandar Seri Alam telah menganjurkan Program Smart Solat yang diadakan di perkarangan surau SMK Bandar Seri Alam. Program ini telah bermula seawal jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang dengan jayanya.
 
            Program ini telah melibatkan seramai 48 orang pelajar SMK Bandar Seri Alam yang berumur daripada 13 hingga 16 tahun. Aktiviti yang diadakan berbentuk teori dan praktikal solat serta wuduk yang melibatkan sebanyak 9 kumpulan pelajar iaitu 5 kumpulan perempuan dan 4 kumpulan lelaki. Ceramah smart solat telah disampaikan oleh En. Mohammad Hamdan bin Abdul Ghani dan praktikal solat di ketuai oleh Cik Ummul Hafizah binti Ali, Puan Zanarita bt Abdul Malek, Puan Nor Maheran bt Mat Noor serta dibantu oleh fasilitator pelajar Politeknik Ibrahim Sultan seramai 20 orang.

            Objektif program ini adalah untuk mempertingkatkan keyakinan diri pelajar dalam berkomunikasi dengan masyarakat luar. Memberi ruang kepada pelajar untuk mempraktikkan ilmu dalam menguruskan sesuatu program. Memupuk semangat kerjasama di kalangan pelajar. Selain itu, program ini juga dapat menyedarkan para pelajar tentang kepentingan Solat dan Ibadah serta memupuk disiplin yang mantap. Menanamkan sikap cinta pada ilmu serta menyayangi sesama insan. Memantapkan rohani dan jasmani para pelajar melalui aktiviti-aktiviti yang berkaitan ibadah. Menyemai keimanan, keyakinan diri dan berfikiran positif apabila menghadapi kekangan dan dugaan dalam kehidupan. Melatih para pelajar agar bertanggungjawab, bersabar, dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT dengan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah.
 
              Ucapan terima kasih kepada semua pensyarah yang terlibat dalam menjayakan program ini dan agar dapat menyampaikan lagi dakwah dan ilmu kepada masyarakat luar pada masa akan datang. Sekian Wasalam.