MAJLIS MAHABBAH AL-QURAN 1434H/2013M
Oleh :
Pn. Sharifah Nurul Huda Bt Habib Dzulkarnain
Tarikh
: 9 Mac 2012
Tempat : Masjid Politeknik Ibrahim Sultan
Tanggal 09
Mac 2013 yang lalu, Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am,
Politeknik Ibrahim Sultan dengan kerjasama Masjid Politeknik Ibrahim Sultan telah
menganjurkan Majlis Mahabbah Al-Quran yang bertemakan “Wasathiyyah Menjana
Perpaduan Ummah”. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tn Hj Sahul
Hamed Bin Abd Wahab, Timbalan Pengarah
(Akademik) PIS. Majlis yang bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang ini
telah dilaksanakan dengan jayanya.
Sebelum
itu, pertandingan peringkat saringan telah diadakan pada 06 Mac 2013 yang
terdiri daripada 62 orang peserta dan hanya 47 orang peserta sahaja yang layak
ke peringkat akhir. Pertandingan ini
terdiri daripada 5 kategori iaitu kategori Tilawah Al-Quran Lelaki (Qari) dan
Perempuan (Qariah), kategori Khutbah, Kategori Azan dan Kategori Nasyid. Juara
bagi kategori Tilawah Al-Quran Lelaki
(Qari) disandang oleh Mohamad
Zukhaire Bin Ishak dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), manakala
kategori qariah pula dimenangi oleh Zainab Binti Mohamad Hasan dari Jabatan Rekabentuk dan
Komunikasi Visual (JRKV). Kategori Khutbah pula dimenangi oleh Muhammad Syukri Bin Baharudin dari Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal (JKM). Seterusnya, Kategori Azan disandang oleh Megat
Nurhayatuddin Bin Megat Hasnan dari JRKV dan kategori Nasyid pula disandang oleh Kumpulan
An- Nasuha yang terdiri daripada gabungan
pelajar-pelajar Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH), JRKV dan JKM.
Objektif
program ini adalah untuk meningkatkan penghayatan Al-Quran dan mencungkil bakat
di kalangan pelajar-pelajar PIS. Selain itu, program ini juga dapat
memperkukuhkan penguasaan bacaan Al-Quran dan mengeratkan ukhuwah Islamiah di antara
pensyarah dan pelajar. Seterusnya, program ini dapat meningkatkan prestasi dan
kemahiran pelajar dalam aktiviti-aktiviti keagamaan di samping mewujudkan
kemuafakatan di kalangan warga kerja Unit Pendidikan Islam & Moral, Jabatan
Pengajian Am serta dapat mengembangkan potensi diri pelajar ke arah pembentukan
generasi berketrampilan dan berwawasan.
Peserta Tilawah Al-Quran
No comments:
Post a Comment