TAKLIMAT MQA & OBE
 
Taklimat MQA dan OBE telah disampaikan oleh Puan Zanarita dan Puan Ainun Juhariah pada 15 Mac 2013 di ruang pensyarah A sebagai persediaan Audit MQA pada 18-20 Mac 2013.
 
 
 
SAMBUTAN HARI LAHIR JPA
 
Biro Kebajikan telah mengadakan sambutan Hari Lahir bagi staf JPA yang lahir pada bulan Januari, Februari dan Mac pada 15 Mac 2013 di ruang pensyarah A.
 
 
 


MAJLIS MAHABBAH AL-QURAN 1434H/2013M


 MAJLIS MAHABBAH AL-QURAN 1434H/2013M


Oleh :
Pn. Sharifah Nurul Huda Bt Habib Dzulkarnain


Tarikh :  9 Mac 2012
Tempat :  Masjid Politeknik Ibrahim Sultan


            Tanggal 09 Mac 2013 yang lalu, Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan dengan kerjasama Masjid Politeknik Ibrahim Sultan telah menganjurkan Majlis Mahabbah Al-Quran yang bertemakan “Wasathiyyah Menjana Perpaduan Ummah”. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tn Hj Sahul Hamed  Bin Abd Wahab, Timbalan Pengarah (Akademik) PIS. Majlis yang bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang ini telah dilaksanakan dengan jayanya.

 
            Sebelum itu, pertandingan peringkat saringan telah diadakan pada 06 Mac 2013 yang terdiri daripada 62 orang peserta dan hanya 47 orang peserta sahaja yang layak ke peringkat akhir.  Pertandingan ini terdiri daripada 5 kategori iaitu kategori Tilawah Al-Quran Lelaki (Qari) dan Perempuan (Qariah), kategori Khutbah, Kategori Azan dan Kategori Nasyid.  Juara bagi kategori Tilawah Al-Quran Lelaki (Qari) disandang oleh Mohamad Zukhaire Bin Ishak dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), manakala kategori qariah pula dimenangi oleh Zainab Binti  Mohamad Hasan dari Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV).  Kategori Khutbah pula dimenangi oleh Muhammad Syukri Bin Baharudin dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM). Seterusnya, Kategori Azan disandang oleh Megat Nurhayatuddin Bin Megat Hasnan dari JRKV dan kategori Nasyid pula disandang oleh Kumpulan An- Nasuha yang terdiri daripada gabungan pelajar-pelajar Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH), JRKV dan JKM.

 
            Objektif program ini adalah untuk meningkatkan penghayatan Al-Quran dan mencungkil bakat di kalangan pelajar-pelajar PIS. Selain itu, program ini juga dapat memperkukuhkan penguasaan bacaan Al-Quran dan mengeratkan ukhuwah Islamiah di antara pensyarah dan pelajar. Seterusnya, program ini dapat meningkatkan prestasi dan kemahiran pelajar dalam aktiviti-aktiviti keagamaan di samping mewujudkan kemuafakatan di kalangan warga kerja Unit Pendidikan Islam & Moral, Jabatan Pengajian Am serta dapat mengembangkan potensi diri pelajar ke arah pembentukan generasi berketrampilan dan berwawasan.



Peserta Tilawah Al-Quran

Peserta Tilawah Al-Quran

Peserta membaca khutbah
 
  Peserta laungan azan

  Peserta kumpulan nasyid

  Johan kumpulan Nasyid

  Barisan hakim

  Sebahagian pelajar yang hadir

  Perasmian penutup disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik
(Tn Hj. Sahul Hamed bin Abd Wahab)

  Penyampaian hadiah

Penyampaian cenderahati kepada TPA