Bengkel Penutupan IFRP/E-FPK sesi II 2024/2025

 Tarikh : 22 Julai 2025 (Selasa)

Masa : 8.00 hingga 4.30 petang

Tempat : Bilik Seminar, ULPL


Bengkel ini telah disampaikan oleh Pegawai Kualiti Jabatan iaitu Dr. Mohd Khairul Naim bin Sameri bagi penutupan dan pembukaan IFRP sesi lama dan baharu. Tujuan bengkel ini dilaksanakan adalah bagi memastikan semua pensyarah telah mengemaskini iFRP untuk mengelakkan sebarang NCR atau OFI ketika audit dilaksanakan. Selain itu, para pensyarah juga dapat membuat persediaan awal bagi sesi PdP yang baharu sebelum kelas bermula.































CAMP21: Synergising Literacies 2025

Penglibatan Pelajar PIS dalam CAMP21: Synergising Literacies 2025

Seramai DUA (2) orang pelajar dari Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) iaitu Irvin Tasz Anak Rodge (DEV 4) dan Nicholas Cosmas Junior (DMB 4) telah terpilih untuk menyertai CAMP21: Synergising Literacies 2025 yang berlangsung dari 30 Jun hingga 3 Julai 2025 bertempat di Borneo Cultures Museum, Kuching, Sarawak. Pensyarah pengiring yang terlibat ialah Cik Nora binti Sahari dan Cik Tarishini Visvalingam dari Unit Bahasa Inggeris, Jabatan Pengajian Am, PIS.
Program anjuran Bahagian Kurikulum JPPKK dan Jabatan Pengajian Am, Politeknik Mukah ini menggabungkan Design Thinking, Artificial Intelligence (AI), Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 11) dan pemeliharaan warisan budaya bertujuan untuk:
✅ Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris
✅ Memperkasa kemahiran Pembelajaran Abad ke-21 melalui Design Thinking
✅ Menggalakkan penggunaan teknologi AI dalam inovasi
✅ Memberi pendedahan kepada pelajar tentang pemeliharaan warisan budaya (SDG 11)
Tahniah diucapkan kepada pelajar PIS yang terpilih. Semoga pengalaman ini menjadi titik tolak kepada pembangunan sahsiah dan profesionalisme mereka dalam dunia sebenar.