Tarikh : 1 Disember 2022
Hari : Khamis
Jam : 9.00 am hingga 10.00 am
Tempat : Kompleks Sukan, PIS
Program let's get fit sesi 5 telah dianjurkan oleh unit sukan dan diketuai (instructor) oleh pelajar Latihan Industri. Aktiviti yang diadakan adalah tabata sebanyak 5 sesi selama 1 jam. Peserta yang terlibat bercampur antara unit dan jabatan iaitu JPA, Unit Senggaraan dan pemandu PIS.
Manfaat daripada aktiviti ini ialah dapat membudayakan aktiviti sihat dan aktif dalam kehidupan seharian, mengurangkan tekanan mental dan fizikal dalam menjalankan tugasan harian, melahirkan kakitangan JPA yang lebih sihat, aktif dan bertenaga dalam menyahut visi dan misi Politeknik Ibrahim Sultan.