LAPORAN PROGRAM
ASPIRASI KESENIAN ISLAM 4.0
JABATAN PENGAJIAN
AM, POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN
PERKARA |
BUTIRAN |
Pelaksana |
Jabatan Pengajian Am,
Politeknik Ibrahim Sultan |
Tarikh |
21 Oktober 2021 |
Hari |
Khamis |
Masa |
09 am – 4.30 pm |
Tempat |
· Sesi
penjurian Pertandingan Video Kreatif dan Poster: - Secara
dalam talian di lokasi masing-masing. · Majlis
Perasmian Penutup: - Secara
dalam talian (Microsoft Teams) |
Peringkat |
Institusi/Politeknik |
Kumpulan Sasaran |
Pelajar semester 1, 2 dan 3
(Sesi Dis 2020) |
Kejayaan/Pencapaian |
Program berjaya dijalankan
dengan baik walaupun pertandingan dilaksanakan dalam norma baharu iaitu
secara dalam talian . |
Ringkasan Perjalanan Program |
Program ini
dilaksanakan bagi mencungkil kreativiti dalam kalangan pelajar bagi
menghasilkan poster dan video kreatif yang berkait dengan isu-isu semasa
dalam masyarakat. Program ini
melibatkan pelajar semester 1, 2 dan 3 (sesi Dis 2020) daripada setiap
jabatan dan menggabungkan dua unit (Unit Agama dan Unit Bahasa Inggeris) di
bawah Jabatan Pengajian Am. TENTATIF 21 OKTOBER 2021
(KHAMIS) 9.00 am –
1.00 pm : Perjurian
poster dan Video 1.00 pm –
2.00 pm : Rehat 2.00 pm – 4.30 pm : Majlis Perasmian Penutup dan
Penyampaian Hadiah
-Ketibaan VIP
-Bacaan Doa
-Ucapan Perasmian: Ketua Jabatan JPA
(Pn. Siti Noraini binti Hamzah)
- Penyampaian Hadiah dan cenderahati Majlis perasmian
penutup telah berlangsung di
sebelah petang dan ia disempurnakan
oleh Timbalan Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan iaitu Ts Hj Hamdan bin
Samdin. Senarai pemenang turut diumumkan
dalam majlis perasmian penutup ini. Majlis
penutup dimeriahkan lagi dengan acara cabutan bertuah (lucky draw). Program ini diakhiri dengan sesi fotografi pada
jam 4.30 petang. Diharapkan
program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai satu bentuk
pendedahan kepada para pelajar untuk sentiasa berdaya saing dan bersedia
dalam mendepani cabaran dunia pendidikan yang sentiasa berubah. |
Masalah/kekangan yang dihadapi |
Tiada masalah |
Alatan Bantu |
Komputer pejabat, laptop, kamera
dan internet |
Kos |
Pendapatan : RM
3000 Perbelanjaan : RM 3000 Sumber : OS 42000 (Tabung Aktiviti Pelajar) a) Pertandingan
Poster Kategori
1 (Isu semasa) Kategori
2 (Teknologi Islam) Kategori
3 (Kesenian Islam) Tempat Pertama: RM 150 x 3 Tempat ke 2: RM 100 x 3 Tempat ke 3: RM 70 x 3 JUMLAH: RM 960 b) Petandingan Video Kategori 1 (Etika dan Peradaban) Kategori 2 (Pelancongan Islam) Kategori 3 (Isu semasa) Tempat Pertama: RM 300 x 3 Tempat ke 2: RM 240 x 3 Tempat ke 3: RM 140 x 3 JUMLAH : RM 2040 |
Impak Program |
Kepada
pelajar: 1.
Proses
pembelajaran kursus MPU23052 Sains Teknologi & Kejuruteraan Dalam Islam,
DUA 23072 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam, MPU 23082 - Seni Dalam
Islam, MPU 21032 Penghayatan Etika dan peradaban, DUE10012 Communicative
English 1 dan DUE30022 Communicative English 2, akan dapat dijalankan dengan
lebih kreatif. 2.
Meningkatkan
tahap kesedaran dan pendedahan mengenai kepentingan mendalami pelbagai cabang
bidang ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar. 3.
Memberi
ruang serta peluang kepada para pelajar berkarya @ berinovasi bagi
meningkatkan keyakinan serta penampilan diri. Kepada
staf / pensyarah: 1.
Menaikkan
imej dan nama baik pensyarah Politeknik Malaysia, khususnya Politeknik
Ibrahim Sultan 2. Membantu politeknik
melahirkan staf / pensyarah yang kompeten dan berdaya saing tinggi dalam
aspek kreativiti / inovasi. 3.
Mewujudkan
budaya kerjasama antara staf Politeknik Ibrahim Sultan dan pihak luar yang
terlibat dalam menjayakan program ini. Kepada
Institusi/Politeknik 1. Menaikkan imej dan nama baik Politeknik Malaysia, khususnya Politeknik
Ibrahim Sultan. 2. Membantu politeknik menghasilkan warga kerja yang
kompeten dan berdaya saing tinggi dalam aspek kreativiti/inovasi. 3. Mewujudkan budaya kerjasama
antara Politeknik Ibrahim Sultan dengan pihak luar yang terlibat
dalam menjayakan program ini. |
Maklumbalas Pelajar |
Secara keseluruhannya, program ini mendapat maklum
balas yang sangat memberangsangkan dari para pelajar. Majoriti para pelajar
bersetuju bahawa program ini berjaya dilaksanakan serta memenuhi kehendak
semasa pelajar.
Rajah Maklumbalas pelajar |
Dokumentasi |
Laporan
Program Gambar
program adalah seperti di lampiran 1 |
Senarai nama peserta |
Lampiran 2 |
Disediakan
Oleh,
NORHIDAYAH
BINTI MD SALEH
Setiausaha,
Program Aspirasi Kesenian Islam 4.0
Tarikh:
24 Oktober 2021
Disemak
Oleh,
ZANARITA BINTI ABDUL MALEK
Pengarah ,
Program Aspirasi Kesenian Islam 4.0
Tarikh
: 25 Oktober 2021
Disahkan
Oleh,
SITI NORAINI BINTI
HAMZAH
Ketua Jabatan,
Jabatan Pengajian
Am
Politeknik Ibrahim Sultan
Tarikh
: 26 Oktober 2021