MAJLIS PERPISAHAN JPA

 

Tarikh : 10 September 2020

Hari : Khamis /12.30 Tengahari

Tempat : JPA A


Majlis Perpisahan JPA diadakan bagi meraikan Tuan Hj Faisal yang akan berpindah ke Politeknik Merlimau Melaka. Tahniah diucapkan dan semoga beliau berjaya ditempat yang baharu.












HELL TO HEAVEN

 LAPORAN PROGRAM DAN AKTIVITI BAGI JABATAN PENGAJIAN AM

POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

 

HELL TO HEAVEN

 

 

PERKARA

BUTIRAN

Pelaksana

Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am,                 Politeknik Ibrahim Sultan

Tarikh

 

9 September 2020

Hari

Rabu

Masa

10.00 pagi – 1.00 petang

Tempat

 

Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil

Peringkat

Jabatan

Kumpulan Sasaran

 

Para pelajar Politeknik Ibrahim Sultan

 

Kejayaan/Pencapaian

Berjaya mengumpulkan seramai 250 orang pelajar

Ringkasan Perjalanan Program

 

Program Hell To Heaven yang dilaksanakan pada 9 September 2020,  dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan, khusus bagi pelajar-pelajar semester akhir seramai 250 orang daripada Jabatan Pelancongan & Hospitaliti (JPH), Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual (JRKV) serta Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM). Program yang bermula jam 10.00 pagi dan tamat pada pukul 1.00 petang ini telah dilaksanakan dengan jayanya.

TENTATIF

RABU ( 9 SEPTEMBER 2020 )

10.00 pg – 10.15 pg    : Pendaftaran pelajar (Agihan roti & air mineral)

10.20 pagi : Ketibaan VIP

10.25 pg -12.30 tengahari : Perjalanan program

12.45 pagi: Penyampaian cenderahati

 

 

1.00 ptg – 2.00 ptg  : Makan Tengahari                   

 

 

Program Hell To Heaven ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk memberi peluang kepada golongan pelajar agar dapat menimba ilmu dan memahami dengan lebih jelas berkaitan dengan akhlak, moral serta nilai-nilai murni yang perlu dijadikan amalan dan juga hal perbuatan yang perlu dijauhi sebagai benteng diri. Seterusnya melahirkan individu yang mempunyai jati diri yang kuat dan tidak mudah terpengaruh dengan gejala-gejala yang negatif

 

Program ini melibatkan pelajar-pelajar semester lima daripada tiga (3) jabatan induk  iaitu Jabatan Pelancongan & Hospitaliti (JPH), Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV) serta Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM).  

 

Perasmian Penyampaian Hadiah dan Penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik, Puan Hajah Normala binti Abdullah dan program ini telah berakhir pada pukul 1 petang.

 

Diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai satu bentuk pendedahan kepada pelajar terhadap cabaran dunia luar serta persediaan untuk menghadapi mehnah dan tribulasi dunia yang mencabar.

 Objektif Program :

 

 

1.       Memenuhi keperluan hasil pembelajaran kursus iaitu:   

i.         Menjelaskan elemen-elemen yang mencabar nilai-nilai moral (CLO3, MPU2022 Pendidikan Moral)

ii.      Menjelaskan isu-isu kontemporari berkait syariat Islam, keupayaan Islam dalam menangani pelbagai cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia.  (CLO3, MPU2010 Pengajian Islam)

iii.    Menghubungkait isu-isu semasa dalam Komunikasi dan Penyiaran Islam. (CLO3, DUA6022 Komunikasi dan Penyiaran Islam)

 

2.      Meningkatkan jati diri pelajar melalui akhlak dan nilai-nilai murni yang diamalkan.

 

3.       Memupuk rasa keperihatinan dan mengeratkan hubungan silaturrahim merentasi jabatan dalam kalangan pelajar.

Strategi Pelaksanaan

 

  1. Penyampaian ceramah
  2. Sesi soal jawab

Masalah/kekangan yang dihadapi

Tiada

Alatan Bantu

Komputer Riba & LCD

Kos

Pendapatan : RM 1,700

Perbelanjaan : RM 1,700

Sumber : OS 42000

Laporan kewangan seperti dilampiran 1

Impak Program

 

Hasil yang akan dicapai dan diperolehi daripada pelaksanaan program kepada:

  1. Pelajar.
  1. Hasil pembelajaran kursus DUA6022 Komunikasi dan Penyiaran Islam, MPU2012 (Pengajian Islam) dan MPU2022 (Pendidikan Moral) lebih mudah difahami.
  2. Meningkatkan tahap kesedaran terhadap isu-isu terkini dan perkaitannya dengan Syariat Islam (para pelajar Islam) dan moral (pelajar bukan Islam) dan pengetahuan mengenai tanggungjawabdan keprihatinan terhadap pelajar.
  1. Politeknik :
  1. Menaikkan imej dan nama baik Politeknik Malaysia, khususnya Politeknik Ibrahim Sultan.
  2. Membantu Politeknik  menghasilkan graduan/lulusan yang kompeten dan mempunyai jati diri yang kuat serta tidak mudah terpengaruh dengan gejala-gejala yang negatif..

Dokumentasi

Gambar program adalah seperti di lampiran 2

Senarai nama peserta

Lampiran 3