ASPIRASI KESENIAN ISLAM 2.0 2018


LAPORAN PROGRAM DAN AKTIVITI BAGI JABATAN PENGAJIAN AM
POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

ASPIRASI KESENIAN ISLAM 2.0


PERKARA
BUTIRAN
Pelaksana
Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am,                 Politeknik Ibrahim Sultan
Tarikh

·     25 September 2018
·     26 September 2018
·     30 September 2018
Hari
Isnin, Selasa dan Ahad
Masa
·     Selasa    8.00 pagi – 10.30 malam
·     Rabu     8.00 pagi – 12.30 petang
·     Ahad    8.00 pagi – 12.30 petang
Tempat

·        Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil
·        Dewan Kuliah Utama
Peringkat
Jabatan
Kumpulan Sasaran

Para pelajar Politeknik Ibrahim Sultan (Semester 1, 2 & 5)

Kejayaan/Pencapaian
Dimenangi oleh TIGA (3) kumpulan daripada 14 penyertaan kumpulan inovasi pelajar (bagi aktiviti pertandingan Inovasi Islamik)
Ringkasan Perjalanan Program

      Program Aspirasi Kesenian Islam yang dilaksanakan pada 25 ,26 dan 30 September 2018,  dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan, khusus bagi pelajar-pelajar Semester 1, 2 dan 5 yang bertemakan “ Islam Dan Revolusi Perindustrian 4.0” dapat merealisasikan matlamat politeknik bagi menghasilkan pelajar yang berkualiti dari segi jasmani dan rohani. Program yang berlangsung selama 3 hari ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan tamat pada pukul 10.30 malam pada hari pertama, dan tamat pada pukul 2.00 petang pada hari kedua dan terakhir, telah dilaksanakan dengan jayanya.


TENTATIF
SELASA ( 25 SEPTEMBER 2018 )
7.45 pagi          : Pendaftaran Seminar 1
8.00 pagi          : Seminar 1
                            BENGKEL KOMIK DAN DAKWAH
9.30 pagi          : Sesi soal jawab
10.15 pagi        : Pendaftaran seminar 2
10.30 pagi        :“INDUSTRI HALAL”
12.15 tgh          : Sesi soal jawab
12.30 tgh          : Rehat
2.00 ptg            : Pendaftaran  Seminar 3
2.30 ptg            : Seminar 3
                        PENYIARAN ISLAM”
4.15 ptg            : Sesi soal jawab
4.30 ptg            : Bersurai

Sesi malam (Tempat : Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil)

8.15 mlm         : Pendaftaran seminar 4
8.45 mlm         : Seminar 4
                         MEMAHAMI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
                          Ust Erfino bin Johari
                          Pensyarah Politeknik METrO Johor Bahru
10.15 mlm       : Sesi soal jawab
10.30 mlm       : bersurai

RABU ( 26 SEPTEMBER 2018 )                    
8.30 pagi          : Pendaftaran peserta.
9.00 pagi          : Pertandingan Inovasi Islamik Kreatif
10.00 pagi        : Kehadiran para juri.
10.30 pagi        : Pameran. (Pelupusan al-Quran/ Fatwa/ Falak/      
                                                          i.            Proses pelupusan al-Quran
                                                        ii.            Industri Halal
                                                      iii.            Fatwa & Falak
12.30 tgh          : Bersurai

(Pameran bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang)           
AHAD ( 30 SEPTEMBER 2018 )                    
8.30 pagi          : Pendaftaran seminar
9.00 pagi          : Ceramah Solat Saintifik
                          Prof. Ir. Dr. Fatimah Ibrahim 
                          Pensyarah Biomedical
                          Universiti Kebangsaan Malaysia
11.30 pg           : Praktikal solat saintifik
12.30 tgh          : Majlis Penutup Aspirasi Kesenian Islam
                          Kehadiran tetamu
                          Ucapan aluan Pengerusi Majlis
                          Ucapan Perasmian Penutup
                          Penyampaian hadiah
                          Bersurai
Sesi Fotografi

     Program Aspirasi Kesenian Islam ini melibatkan pelajar-pelajar daripada semua jabatan induk  iaitu Jabatan Pelancongan & Hospitaliti (JPH), Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV), Jabatan Kejuruteraan Elektrikal (JKE) dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM).  Ia diisi dengan slot-slot yang memberi input baru kepada para pelajar terutama yang berkaitan dengan silibus yang sedang mereka pelajari.    
     Pada sebelah malamnya pula, program diteruskan dengan Seminar Perlembagaan Malaysia yang disampaikan oleh Encik Erfino bin Johari yang merupakan bekas Pengarah Biro Tatanegara Negeri Johor. Slot ini memberi input kepada pelajar semester 1 (semua jabatan induk) yang menepati dengan silibus Pengajian Malaysia.
    Seterusnya, aktiviti yang mencungkil kreativiti pelajar turut dipertandingkan pada hari ke-2 Program Aspirasi Kesenian Islam. Sebanyak 14 kumpulan telah melayakkan diri ke pertandingan akhir Inovasi Kreatif dan sebanyak 3 kumpulan telah dinobatkan sebagai juara, naib juara dan tempat ke-3.
   Selain itu, pameran turut diadakan untuk pendedahan kepada masyarakat serta warga PIS mengenai industri halal, fatwa, falak serta proses pelupusan al-Quran oleh Jabatan Agama Islam Johor serta Pejabat Mufti Negeri Johor.
   Kemudian, pada hari terakhir program pula telah diadakan ceramah Solat Saintifik yang disampaikan oleh Prof. Ir. Dr. Fatimah Ibrahim iaitu pensyarah Biomedical, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau menerangkan tentang hasil kajian beliau mengenai kesan postur dan pergerakan solat terhadap komposisi badan serta kesan solat dari perspektif Sains kepada sistem otot dan komposisi badan. Peserta adalah di kalangan pelajar(semua semester 2 diwajibkan), staf serta orang awam.
    Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Ketua Jabatan Pengajian Am iaitu Puan Norfarahi Binti Zulkifli dan pemenang pertandingan akhir Inovasi Kreatif telah diumumkan dimana juara dimenangi oleh kumpulan Muezza, naib juara dimenangi oleh kumpulan Nur Islam dan tempat ke-3 dimenangi oleh kumpulan Totee Bag. Hadiah yang dimenangi adalah berupa hamper, sijil, mock-cheque dan wang tunai sejumlah RM300 bagi juara, RM200 bagi naib juara serta RM100 bagi tempat ketiga. Disamping itu, saguhati berupa hamper dan sijil juga turut diberikan kepada peserta tempat ke-4 hingga ke-14. Program ini telah diakhiri dengan sesi fotografi pada jam 1 petang.
    Diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai satu bentuk pendedahan kepada pelajar dan juga sebagai satu hidangan alternatif yang memenuhi piawaian Islam.
 Objektif Program :


1.   Meningkatkan kreativiti dan keberkesanan proses pengajaran dan 
      pembelajaran melalui hubung kait antara teori dan praktikal.
      Membuka minda pelajar tentang hubungkait sukatan pelajaran yang 
      mereka pelajari dengan penerangan input luaran daripada penceramah  
      yang  mengisi slot program.
2.   Memupuk dan meningkatkan kefahaman kesenian Islam serta  
      hubungkaitnya dengan budaya kreativiti / inovasi dalam kehidupan    
      seharian.
      Pelajar lebih memahami tentang kesenian Islam melalui inovasi yang  
      dipertandingkan serta relevannya unsur kesenian Islam dalam kehidupan.
3.   Melahirkan pelajar dan warga  Politeknik Ibrahim Sultan yang  
      mempunyai kemahiran berfikir aras  tinggi melalui aktiviti kesenian   
      dan inovasi.
      Pelajar dapat menjana dan menambahbaik keupayaan pemikiran sedia ada 
      mereka dengan merasai pengalaman sendiri terlibat dengan inovasi 
      bercirikan Islam .
4.   Membentuk budaya masyarakat berinovasi dan berdaya saing tinggi  
      melalui kesenian.
      Pelajar dapat bersaing secara sihat melalui aktiviti inovasi yang 
      mempunyai nilai kesenian.
5.  Memupuk kerjasama dua hala antara politeknik, masyarakat dan  
      pihak industri demi manfaat bersama.
      Sebagai serampang dua mata, di samping dapat berkerjasama di antara  
      politeknik, masyarakat setempat dan industri, ketiga-tiga pihak mendapat  
      manfaat bersama.
Strategi Pelaksanaan
  1. Seminar
  2. Pameran
  3. Pertandingan
  4. Ceramah
Masalah/kekangan yang dihadapi
Tiada
Alatan Bantu
Komputer Riba & LCD
Kos
Pendapatan : RM 8365
Perbelanjaan :RM 8270.08
Sumber : Tabung Kerohanian Pelajar JPA & Masjid PIS
Laporan kewangan seperti dilampiran 1
Impak Program

Kepada pelajar :
1.      Proses pembelajaran kursus DUA 2012 Sains Teknologi & Kejuruteraan Dalam Islam, DUA 2032 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam, DUA2042 Seni Dalam Islam dan DUA6022 Komunikasi dan Penyiaran Dalam Islam yang lebih mudah difahami.
2.      Meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan mengenai kepentingan  serta perkaitan antara kesenian dan inovasi dalam kalangan pelajar.
3.   Memberi ruang serta peluang kepada para pelajar berkarya @ berinovasi   
      bagi meningkatkan keyakinan serta penampilan diri.
4.   Menerapkan tahap keyakinan diri para pelajar dalam mengendalikan
      acara.
Kepada Politeknik :
1.   Menaikkan imej dan nama baik Politeknik Malaysia, khususnya  
      Politeknik Ibrahim Sultan.
2.   Membantu Politeknik  menghasilkan graduan/lulusan yang kompeten dan  
      berdaya saing tinggi dalam aspek kreativiti/inovasi.
3.   Mewujudkan budaya kerjasama antara Politeknik Ibrahim Sultan dan  
      pihak luar yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Kepada Masyarakat :

1.   Dapat memupuk dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan  
      kesenian dan kreativiti/inovasi dalam diri masyarakat demi merealisasikan  
      matlamat negara maju.
2.   Pengetahuan konsep kesenian Islam serta budaya inovasi ini dapat  
      meningkatkan tahap pemikiran serta keyakinan diri masyarakat demi  
      menyahut cabaran kemajuan semasa di peringkat global.
3.   Secara tidak langsung dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai  
      budaya kreatif dan inovatif untuk menghadapi cabaran kehidupan semasa
      alaf ini selaras hasrat kerajaan di dalam Transformasi Nasional 2050  
      (TN50) dalam menuju negara maju.
Dokumentasi
Gambar program adalah seperti di lampiran 2
Senarai nama peserta
Lampiran 3


Lampiran 1
LAPORAN KEWANGAN

PROGRAM ASPIRASI KESENIAN ISLAM 2.0

PENDAPATAN
PERBELANJAAN

BIL
PERKARA
JUMLAH (RM)
BIL
PERKARA
JUMLAH (RM)

1
Tabung Kerohanian
6365
1
Jamuan
 (Zamani Foods Enterprise)
2154

 2
Masjid PIS 
2000 
2
Bayaran Tunai Penceramah
Seminar 1 :RM300
Semianar 2 : RM300
Seminar 3 : RM500
Seminar 4 : RM300
Bayaran Cheque Penceramah
Ceramah solat Saintifik : RM 1200
1400
+
Cheque (1200)




3
Hadiah wang tunai pemenang
Juara : RM300
Naib Juara : RM200
Tempat ke-3 : RM100
600




4
Hamper dan hadiah juri
969.27




5
Sijil
56.90




6
Banner & Printing
(W Create Spire)
1030.50




7
Roti & Air mineral
460.20




8
Tiket penerbangan penceramah(Malindo &FPX)
399.21




9
Penginapan (Jati Inn) 
80 

JUMLAH
8365
JUMLAH PERBELANJAAN
8270.08




BAKI
94.92




Lampiran 2

Gambar-gambar Aktiviti Aspirasi Kesenian Islam