MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2018

LAPORAN PROGRAM DAN AKTIVITI BAGI JABATAN PENGAJIAN AM
POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 1439H

PERKARA
BUTIRAN
Pelaksana
Jabatan Pengajian Am dengan kerjasama PUSPANITA dan Masjid Politeknik Ibrahim Sultan
Tarikh
·     04 Jun 2018 (Tadarus Al-Quran)
·     06 Jun 2018 (Majlis Khatam al-Quran)
Hari
·     Isnin     
·     Rabu  
Masa
·     Isnin      8.00 pagi – 10.30 pagi
·     Rabu      2.30 – 3.30 petang
Tempat
Masjid Politeknik Ibrahim Sultan
Peringkat
Jabatan Pengajian Am
Kumpulan Sasaran
·     Staf Politenik Ibrahim Sultan dan Ahli PUSPANITA.
·     Masyarakat sekitar Politeknik Ibrahim Sultan
Kejayaan/Pencapaian
-
Ringkasan Perjalanan Program

       Program Tadarus dan Majlis Khatam al-Quran telah dilaksanakan pada 04 dan 06 Jun 2018, anjuran Jabatan Pengajian Am dengan kerjasama PUSPANITA dan Masjid Politeknik Ibrahim Sultan bertempat di Masjid, Politeknik Ibrahim Sultan.  Program ini mendapat penyertaan daripada  staf Politeknik Ibrahim Sultan, ahli PUSPANITA PIS dan masyarakat sekitar PIS. Program ini bertujuan menerapkan budaya bertadarus al-Quran pada bulan Ramadhan di samping memperkukuhkan ikatan silaturrahim sesama warga PIS. Selain itu,  penyertaan dari warga sekitar politeknik memberi peluang kepada  warga PIS terutamanya PUSPANITA bekerjasama dengan masyarakat sekitar.
Pada hari pertama program (Isnin, 04 Jun 2018) semua peserta bertadarus al-Quran beramai-ramai mengikut kumpulan yang telah ditetapkan.  Pada hari ke dua pula (Rabu, 06 Jun 2018) Majlis Khatam al-Quran diadakan.

TENTATIF
04 JUN 2018 (ISNIN)
08.00 pagi        :           Pendaftaran & Sarapan
08.30 pagi        :           Tazkirah ringkas
08.45 pagi        :           Majlis tadarus al-Quran bermula
10.30 pagi         :            Majlis Tadarus tamat

06 JUN 2018 (RABU)
2.00 - 02.30 petang      :           Ketibaan peserta
02.30 – 03.00 petang   :           Majlis Khatam bermula
03.00 – 3.30 petang     :           Perasmian Penutup
                                                     Ucapan Pengarah PIS
03.30 – 04.00 petang      :            Penyampaian hadiah dan penutup


       Program ini melibatkan seramai 100 orang termasuk staf PIS, Ahli PUSPANITA dan masyarakat sekitar PIS. Umumnya program ini mendapat sambutan yang baik daripada staf PIS dan berjalan dengan lancar.

Objektif Program

1.      Menghidupkan pembudayaan bacaan al-Qur’an dalam kalangan pensyarah, staf  dan masyarakat sekitar Politeknik Ibrahim Sultan.
2.      Memberi peluang kepada kakitangan Politeknik Ibrahim Sultan khususnya dalam memperbaiki bacaan al-Qur’an.
3.      Mewujudkan hubungan silaturahim antara para pensyarah, staf dan masyarakat sekitar Politeknik Ibrahim Sultan.

Strategi Pelaksanaan
·        Tadarus beramai-ramai (30 juzuk al-Quran)
·        Majlis Khatam al-Quran yang diketuai oleh seorang Ketua Khatam
Masalah/kekangan yang dihadapi
Tiada masalah
Alatan Bantu
Komputer Riba & Lcd

Kos
Pendapatan   :  RM750.00
Perbelanjaan :  RM750.00
Sumber : Masjid PIS & JPA
Impak Program
·     Meningkatkan kerjasama aktif antara Jabatan Pengajian Am dengan  PUSPANITA serta masyarakat sekitar Politeknik Ibrahim Sultan.
Menjalin hubungan kerja yang baik dengan PUSPANITA PIS serta masyarakat luar seterusnya membina jalinan silaturrahim yang kukuh.

·     Membudayakan amalan Tadarus sempena bulan Ramadhan al-Karim
Menggalakkan amalan bertadarus al-Quran secara beramai-ramai di kalangan staf dan masyarakat Luar Politeknik dalam usaha mengimarahkan bulan Ramadhan al-karim.

Dokumentasi
·     Gambar ( lampiran 1 )
Senarai nama peserta
·     Kehadiran peserta ( lampiran 2 )


Disediakan Oleh:                                                                     Disemak Oleh:


.................................................                                                         .............................................
( ZANARITA BINTI ABDUL MALEK)                               (WAN ZAKIAH BT. WAN YUNUS)
Setiausaha,                                                                               Ketua Kursus P.Islam dan Moral        
Majlis Khatam Al-Quran 1439H                                                          Jabatan Pengajian Am             
Tarikh: 12 Jun 2018                                                                         Politeknik Ibrahim Sultan
Tarikh:  13 Jun 2018

Disahkan Oleh:

.................................................
( NORFARAHI BT. ZULKIFLI )
Ketua Jabatan
Jabatan Pengajian Am
Politeknik Ibrahim Sultan
Tarikh: 14 Jun 2018






















Bengkel Penutupan FRP sesi Disember 2017

Tarikh : 06 Mei 2018
Tempat : Makmal bahasa 3 JPA
Masa : 8.00pg-5.00ptg

Kursus ini merupakan kerjasama di antara pihak JPA dan ULPL. Penceramah bagi kursus ini adalah Puan Kamarul Aina Binti Mohamed dan dibantu oleh Puan Norhidayah Binti Md Saleh. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pensyarah JPA yang baru serta pensyarah lama mengenai tatacara penutupan FRP. Selain itu, kursus ini sebagai platform kepada pensyarah untuk memastikan FRP dalam keadaan lengkap serta sentiasa dikemaskini sebelum ditutup dan diaudit .




PROGRAM TADARUS AL-QURAN

Tarikh : 4 Jun 2018
Masa : 8.30-10.30pagi
Tempat : Politeknik Ibrahim Sultan

Program telah dimulakan dengan sesi tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Hashim Bin Mat Zin dan diteruskan dengan tadarus secara kelompok yang dihadiri oleh warga PIS dan Komuniti Surau berdekatan.













PROGRAM BUBUR LAMBUK

Kerjasama dengan Masjid Politeknik Ibrahim Sultan

Bubur lambuk yang dimasak diserahkan kepada Surau Annur , Cahaya Masai & warga PIS




Penyerahan sumbangan kepada asnaf di Surau Annur, Cahaya Masai