Tarikh : 11 Disember 2016 (Ahad)
Tempat : Kampung Orang Asli Bakar Batu, Perling
Anjuran : Persatuan Srikandi Bestari Negeri Johor
Anjuran : Persatuan Srikandi Bestari Negeri Johor
Program ini telah melibatkan seramai 13 orang pensyarah di Jabatan Pengajian Am bersama 25 orang pelajar Politeknik Ibrahim Sultan dengan kerjasama Persatuan Srikandi Bestari Negeri Johor serta gabungan beberapa NGO. Tujuan program ini adalah untuk memberi peluang dan ruang sukarela serta khidmat masyarakat untuk menyantuni atau memelihara komuniti Orang Asli di Kampung Bakar Batu. Tema bagi program ini adalah kebersihan, di mana seiring dengan aktiviti gotong-royong, make over dan tatacara pembersihan diri. Selain itu, program kerohanian juga turut didedahkan seperti solat secara berjemaah, ceramah maulidurrasul serta selawat beramai-ramai.