Tarikh : 28 April 2016 (Khamis)
Tempat : Bilik Pensyarah A
Program ini adalah untuk meraikan sambutan hari lahir staf JPA pada bulan April , Mei dan Jun. Selain itu, diadakan juga program potluck bagi merapatkan hubungan silaturrahim sesama warga JPA serta memupuk kerjasama dalam membawa makanan untuk santapan semua. Seterusnya, ia turut dapat bertukar -tukar menu dan saling merasai menu-menu yang berbeza pada hari tersebut. Program ini telah dirancang dan diuruskan oleh jawatankuasa kebajikan JPA bagi memeriahkan lagi suasana JPA serta mengurangkan tekanan bekerja individu.