Bengkel Pembinaan Bahan e-Pembelajaran
Bengkel ini telah dijayakan pada 18-22 Mei 2014 iaitu hari Ahad hingga hari Khamis yang lepas jam 9.00pg - 5.00ptg di Makmal CAD 4, JMSK. Pengisian bengkel ini telah disampaikan oleh 2 orang penceramah iaitu Cik Ummul Hafizah Binti Ali dan En. Mohammad Hamdan Bin Abdul Ghani. Bengkel ini telah diuruskan dan diketuai oleh Cik Mimi Aineen Bt. Abu Mansor. Antara software yang di ajar dan digunakan untuk PdP ialah :
Sparkol
Audacity
Many Cam
Blendspace
Padlet
Google Drive
Prezi
Kemudian pada hari Rabu, jemputan khas daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik iaitu En.Zaharudin Bin Md Dawam dalam berkongsi pengalaman dengan menggunakan software Articulate dan di muat turun ke dalam Aplikasi CIDOS dengan menggunakan SCORM.
Setelah itu, pada hari yang terakhir semua peserta secara berkumpulan membentangkan hasil pembelajaran mereka selama 5 hari untuk dipanjangkan kepada Pn. Hjh. Suzanah oleh Cik Mimi.