NADWAH ISLAMIAH
Oleh :
Ummul Hafizah Bt Ali
Tarikh : 31 November 2013
Tempat : Masjid, PIS
Tanggal 31 November 2013 yang lalu, Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am, Masjid Politeknik Ibrahim Sultan dengan kerjasama Asrama Politeknik Ibrahim Sultan dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan Program Nadwah Islamiah. Program berbentuk motivasi ini telah disampaikan oleh Encik Che Kamarulzaman Bin Che Hassan daripada Kaunselor Sekolah Menengah Kebangsaan Kerambit Kuala Lipis. Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan telah dilakasanakan dengan jaya seperti yang dirancang.
Program ini telah melibatkan seramai 171 orang pelajar semester satu kemasukan sesi Disember 2013 daripada semua jabatan berserta 27 orang jawatankuasa pelajar yang turut terlibat dalam mengendalikan program ini. Seterusnya, sebelum sesi ceramah motivasi bermula pelajar dikehendaki berkumpul di hadapan masjid bagi sesi senaman aerobik berzikir. Kemudian pelajar bersarapan dan mendirikan solat dhuha secara berjemaah yang dipimpin oleh jawatankuasa pelajar. Setelah itu, Encik Khairul Nizam selaku pengarah program dan timbalan pengerusi masjid telah menyampaikan cenderahati kepada penceramah serta dijamu dengan santapan tengahari.
Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar Politeknik Ibrahim Sultan bagi menghayati Islam dan menjadikannya sebagai amalan hidup. Selain itu, pelajar dapat menyemai sikap cintakan ilmu di kalangan pelajar Politeknik Ibrahim Sultan ke arah mencapai kecemerlangan. Program ini juga dapat memberi peluang dan pengalaman kepada pelajar untuk terlibat dalam mengendalikan program. Disamping itu, program yang dijalankan dapat mewujudkan hubungan silaturahim yang erat di antara para pensyarah dengan pelajar politeknik sendiri.
Ucapan terima kasih kepada semua pensyarah dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini dan semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Sekian Wasalam.