PELAPORAN
AKTIVITI KHIDMAT
MASYARAKAT JABATAN PENGAJIAN
AM,
POLITEKNIK
IBRAHIM SULTAN
1. Nama aktiviti:
Program
Penyembelihan (Sekolah Satelit)
2. Latarbelakang/Rasional:
Program
Penyembelihan ini merupakan satu program yang dianjurkan oleh sekolah satelit
JPA dan unit Pendidikan Islam dan Moral JPA dengan
kerjasama SMK Bandar Seri Alam. Program ini bertujuan menerapkan semangat ingin
tahu pelajar SMK Bandar Seri Alam dan menyediakan platform yang sesuai bagi
membantu pembentukan sahsiah diri pelajar PIS. Di samping itu juga, program ini
dilaksanakan adalah bertujuan untuk menjalinkan hubungan professional dalam
bentuk akademik yang baik di antara PIS dan SMK Bandar Seri Alam.
3. Objektif/outcome:
Politeknik Ibrahim Sultan
i. Mempertingkatkan
keyakinan diri pelajar dalam berkomunikasi dengan masyarakat luar.
ii. Memberi ruang
kepada pelajar untuk mempraktikkan ilmu dalam menguruskan sesuatu program.
iii. Memupuk
semangat kerjasama di kalangan pelajar.
SMK Bandar Seri Alam
i. Pelajar boleh mengetahui
dan menguasai teknik penyembelihan.
ii. Pelajar dapat
mempraktikkan teknik penyembelihan yang betul.
iii. Pelajar dapat
memupuk semangat kerjasama.
4. Butiran aktiviti:
a. Tarikh : 28 Jun 2013
b. Hari : Jumaat
c. Program : Penyembelihan
d. Tempat : SMK Bandar Seri Alam
e. Jumlah Perbelanjaan dan sumber kewangan : Rujuk kepada
anggaran perbelanjaan
f.
Bilangan peserta : 93
orang pelajar
12 orang pelajar PIS ( Fasilitator )
Anggaran Perbelanjaan
BIL
|
PERKARA
|
KUANTITI
|
HARGA SEUNIT
|
JUMLAH
|
1.
|
Cenderahati kumpulan penyembelih terbaik
|
Pertama
RM 100.00
Kedua RM 80.00
Ketiga RM 50.00
|
RM
230.00
|
|
JUMLAH
|
RM 230.00
|
5. Rumusan pelaksanaan aktiviti dan pencapaian terhadap objektif/outcome
Program Penyembelihan ( Sekolah Satelit ) merupakan
kolaborasi antara pihak Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan bersama
SMK Bandar Seri Alam bagi memberi pendedahan kepada 93 orang pelajar tingkatan
5 SMK Bandar Seri Alam berkenaan cara dan teknik penyembelihan. Program ini
melibatkan 4 orang pensyarah Jabatan Pengajian Am, PIS dan memberi peluang
kepada kepada 12 orang pelajar PIS yang bertindak sebagai fasilitator bagi
mempraktikkan kemahiran dan teknik penyembelihan bersama masyarakat sekolah.
Selain itu, program ini mempunyai objektif untuk
menjalinkan hubungan professional dalam bentuk akademik yang baik di antara PIS
dan SMK Bandar Seri Alam di samping mencapai matlamat KPI dan Polyrate yang telah ditetapkan oleh JPP.
Dengan objektif yang telah digariskan ini, pihak Jabatan Pengajian Am khususnya
berharap agar program ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang
terlibat.
Program Penyembelihan ( Sekolah Satelit ) SMK Bandar Seri
Alam dilaksanakan untuk pelajar Tingkatan
5 dengan taklimat yang disampaikan oleh
Ustaz Mohd Hamdi Bin Yaacob dari Jabatan Pengajian Am, PIS.Program ini
merangkumi aktiviti penyembelihan secara praktikal. Semua peserta dibahagikan
kepada sepuluh kumpulan bagi memudahkan pelaksanaan praktikal.
6. Maklumbalas peserta dan pensyarah
Semua peserta dan pensyarah
yang terlibat amat berpuashati dan mereka mendapat banyak manfaat daripada
program ini di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Para peserta juga guru sekolah mengharapkan
agar program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.
7. Cadangan penambahbaikan (CQI)
Merancang aktiviti yang berterusan agar memberi manfaat
kepada masyarakat pelajar .
8. Aktiviti susulan bagi pencapaian objektif
Merancang mengadakan program
yang berbentuk keagamaan yang boleh membentuk sahsiah pelajar.
Pelajar SMK Bandar Seri Alam melakukan penyembelihan ayam dan dibantu oleh
fasilitator di kalangan pelajar PIS.
Pelajar sedang membersihkan ayam yang disembelih.
Mendapat cenderahati kumpulan Penyembelih terbaik
Pelajar sedang
mendengar taklimat Penyembelihan yang
disampaikan
oleh Ustaz Mohd Hamdi.