Festival Kesenian Islam Zon Selatan


Politeknik Ibrahim Sultan (masa ni masih lagi Politeknik Johor Bahru) bertuah kerana terpilih menjadi tuan rumah bagi Festival Kesenian Islam peringkat Zon Selatan. Jabatan Pengajian Am diamanahkan untuk menggerakkan festival ini. Selama lebih kurang 6 bulan para AJK bertungkus lumus untuk menjayakan program ini. Berbekalkan pengalaman-pengalaman lepas, kami bersungguh-sungguh untuk membuat yang terbaik. Maklumla program ini peringkat zon selatan yang melibatkan 6 buah politeknik. Antara politeknik yang mengambil bahagian ialah PIS, Politeknik Mersing, Politeknik Port Dickson, Politeknik Merlimau, Politeknik Kota Melaka dan Politeknik Nilai. Antara kategori yang dipertandingkan adalah Pertandingan Azan, Pertandingan Syair Bahasa Arab, Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris dan Pertandingan Nasyid.



HOTEL SELESA, Pasir Gudang menjadi tempat persinggahan para peserta festival. Mereka dikumpulkan di satu tempat untuk memudahkan penyampaian maklumat berkenaan perjalanan pertandingan. Pada malam sebelum pertandingan AJK pertandingan ditugaskan untuk menyampaikan taklimat ringkas kepada setiap perserta. Pada malam itu juga di adakan juga cabutan undi untuk pertandingan pada keesokannya.  Wajah-wajah tenang dan 'cool' para peserta terpancar, walaupun hakikatnya telah ada debaran di dada. Para pensyarah sebagai pengiring adalah sebagai penguat diri dan pemberi motivasi.

Inilah wajah-wajah para hakim yang arif lagi adil. Begitu serius wajah mereka untuk menentukan siapakah yang layak bergelar juara. Mereka antara orang yang sangat penting. Tanpa mereka pertandingan tidak dapat diteruskan. Para hakim setiap pertandingan dijemput khas dari luar institusi politeknik.
Astaka di Dewan Kuliah Utama direka khas untuk Perntandingan Azan dan Pertandingan Syair Bahasa Arab. Bagi Pertandingan Syair Bahasa Arab, PJB mendapat tempat pertama mengalahkan 5 politeknik-politeknik lain. TAHNIAH...!!!

 
Peserta PJB bagi Pertandingan Azan. Kemenangan tidak menyebelahi PJB.

 
Para penonton memeriahkan lagi suasana festival. Kehadiran pelajar-pelajar PJB sebagai penonton, sedikit sebanyak memberi semangat dan sokongan kepda peserta kita.




Antara peserta-peserta pertandingan nasyid yang mengambil bahagian. Tidak dinafikan persembahan-persembahan mereka berjaya memukau penonton. Pakaian mereka yang sedondon di tambah pula dengan aksi persembahan yang kreatif, sangat menarik perhatian pnonton dan para pengadil. Tepukan gemuruh dari penonton juga menaikkan semangat peserta. Apatah lagi apabila tiba giliran peserta tuan rumah membuat persembahan. TAHNIAH  buat PJB kerana mendapat tempat ke-3.

Ha..ini lah dia peserta-peserta bagi Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris. Bukan mudah nak bercerita ni, apatah lagi dalam Bahasa Inggeris. Dengan usaha dan tunjuk ajar dari pensyarah, sekali lagi PJB berjaya mendapat JUARA. TAHNIAH sekali lagi buat PJB.
Acara kemuncak festival adalah Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang. Masa ini agak-agaknya semua peserta berdebar-debar menanti keputusan yang akan diumumkan. TAHNIAH buat PJB kerana berjaya mendapat tempat dalam 3 kategori pertandingan. Kepada peserta yang gagal, jangan sedih, cuba lagi di lain masa. Kepada para pemenang, tahniah sekali lagi.

 
Para peserta Pertandingvan Syair Bahasa Arab bergambar bersama para hakim.