Visit InfoServe for Blogger backgrounds or to create website designs.
Hari Keluarga JPA
HARI KELUARGA JPA adalah satu aktiviti untuk yang diadakan di luar kawasan politeknik. Kali ini kami berkeluarga di Savannah Hill, Ulu Tiraqm. Berhujung minggu bersama anak-anak dan kawan-kawan sangat menyeronokkan. Di samping merapatkan lagi persaudaraan di kalangan ahli JPA. Haa..di sini baru la dapat bertentang mata antara suami, isteri dan anak-anak staf. Dah bersembang-sembang, rupanya pernah kenal suatu ketika dulu.
Orang yang paling sibuk, biasala AJK setiap bahagian. AJK pendaftaran sibuk dengan pendaftaran staf yang hadir. AJK makanan pula sibuk menyediakan sarapan pagi, sementara AJK pertandingan menyiapkan bahan untuk pertandingan.
Ya...ni antara acara yang dipertandingkan di kalangan anak-anak staf JPA. Memang hebat dan bersemangat anak-anak ini, sehebat ibu dan ayah mereka. Antara pertandingan adalah berebut kerusi, pertandingan mewarana, menyusun puzzle serta pertandingan membuat mascot mengikut nama kumpulan. Walaupun anak-anak staf tidak begitu ramai, namun suasana sangat meriah. Bukan anak-anak yang bermaian, mak dan ayah mereka lebih-lebih lagi la bersemangatnya. Acara untuk staf dan pasangan pun ada juga, antaranya lari berpasangan dan makan buah pear paling cepat.
Di akhir program, mana-mana pemenang akan menerima hadiah masing-masing. Anak-anak yang menang la seronoknya dapat hadiah. Mak ayah pula tumpang gembira dan bangga juga la dengan anak-anak mereka. Alhamdulillah, program hari keluarga berakhir sebelum jam 1.00 petang. Sebelum balik, kami sempat bergambar beramai-ramai.
Subscribe to:
Posts (Atom)