Gotong Royong SOP COVID 19.

   Tarikh : 27hb Julai 2020

Tempat : Perkarangan JPA


Program gotong-royong SOP COVID 19 telah diadakan bagi memenuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh pihak KKM. Ini adalah bagi membudayakan norma hidup yang baharu serta memutuskan rantaian jangkitan Covid 19 di kalangan pensyarah dan pelajar di PIS. Tagging telah dibuat untuk memastikan jarak 1 meter dapat dijaga, susunan kerusi di dalam kelas juga turut dijarakkan 1 meter, disediakan sanitizer dan termometer bagi memastikan jangkitan covid 19 dapat diputuskan.

Semoga usaha ini dapat mengelakkan sebarang jangkitan serta memenuhi SOP yang telah ditetapkan oleh KKM.

#kitajagakita
















Bengkel Penyediaan Bahan e-Learning Bahagian 2

                                                                    Tarikh : 8 Julai 2020

Masa : 9.00am - 4.30pm

Tempat : CAD 1 dan 4 JMSK


Bengkel ini diadakan sebagai satu persediaan dan persiapan pensyarah untuk Pengajaran dan Pembelajaran secara dalam talian pada sesi Jun 2020. Bengkel ini telah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Unit Bahasa yang disampaikan oleh Puan Noor Azeelia  dan Unit Pendidikan Islam disampaikan oleh Puan Adilah Hafizah.

Antara modul yang dipelajari adalah :

Flipgrid

Wakelet

Jamboard

Edpuzzle

Peardeck

Screencast-o-matic








Bengkel Penyediaan Bahan e-Learning Bahagian 1

 Tarikh : 1 Julai 2020

Masa : 9.00am - 4.30pm

Tempat : CAD 1 dan 4 JMSK


Bengkel ini diadakan sebagai satu persediaan dan persiapan pensyarah untuk Pengajaran dan Pembelajaran secara dalam talian pada sesi Jun 2020. Bengkel ini telah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Unit Bahasa yang disampaikan oleh Puan Noor Azeelia  dan Unit Pendidikan Islam disampaikan oleh Puan Adilah Hafizah.

Antara yang dipelajari :

Goformative

Microsoft Teams

Quizizz

Kahoot

CIDOS

Padlet














PSR PROGRAM GOTONG ROYONG SEKOLAH – PKPP (COVID 19)

 

Program dan Aktiviti bagi Jabatan Pengajian Am

Politeknik Ibrahim Sultan

PSR PROGRAM GOTONG ROYONG SEKOLAH – PKPP (COVID 19)

PERKARA

BUTIRAN

Pelaksana

JABATAN PENGAJIAN AM

Tarikh

24 JUN 2020

Hari

Rabu

Masa

8.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Tempat

SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR GUDANG

Peringkat

Politeknik

Kumpulan Sasaran

Para guru di Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 1

Kejayaan / Pencapaian

Jabatan Pengajian Am telah melaksanakan PSR yang melibatkan aktiviti menyusun atur perabot, menyediakan garisan laluan di sekitar bilik darjah, serta membersihkan kelas.

Ringkasan Perjalanan Program

24 JUN 2020 (Rabu)

 

8.00 am                              Berkumpul di Jabatan Pengajian Am.

8.15 am – 8.30 am          Bergerak ke SK Pasir Gudang 1.

 

8.30 am – 9.00 pm         Pendaftaran kehadiran dan pemeriksaan suhu.

                                             Sarapan di kantin Sekolah.

 

9.00 am – 9.30 am          Ucapan aluan daripada Guru Besar SK Pasir Gudang 1.

                                             Penyerahan sumbangan alatan daripada pihak JPA.

                                             Taklimat ringkas aktiviti dan pembahagian tugas.

 

9.30 am – 11.30 am       Aktiviti gotong royong bermula.   

                                             

11.30 am –12.00 pm    Majlis Penutup & penyerahan sijil.

                                            Makan tengahari.

Objektif Program

1.       Memupuk semangat bekerjasama dan bantu-membantu dalam kalangan pensyarah dan para guru dalam membuat persediaan sebelum sekolah dibuka semula akibat pandemik.

2.       Menjalankan aktiviti yang memberi impak kepada staf, pelajar dan komuniti setempat terutamanya dalam situasi pandemik yang melanda negara.

 

Strategi Pelaksanaan

Untuk mencapai objektif, program ini dirancang dan mendapat kerjasama yang sangat memuaskan daripada pihak sekolah.

Masalah / kekangan yang dihadapi

Jumlah sukarelawan yang terlibat hanya 18 orang staf dan 4 pelajar. Oleh itu, ada beberapa ruang/kelas yang tidak dapat dikemas.

Alatan Bantu

Pembaris panjang, pita pelekat, hand sanitizer, mask, sarung tangan. Pihak Jabatan Pengajian telah menyampaikan sumbangan sebuah pengukur suhu badan kepada pihak sekolah.

Kos

a)     Perbelanjaan daripada sumbangan staf Jabatan Pengajian Am

Impak Program

a)    Dapat membantu Jabatan Pengajian Am dalam perkongsian tenaga bersama pelajar dan komuniti.

b)    Membantu mencapai KPI Politeknik Ibrahim Sultan dalam melaksanakan program PSR berimpak tinggi.

 

Dokumentasi

1)  Gambar (dilampirkan)

 

 

 
















SEMINAR ‘LET’S SCORE MUET 2020’

 

Pelaporan Program dan Aktiviti bagi Unit Bahasa

Politeknik Ibrahim Sultan

 

SEMINAR ‘LET’S SCORE MUET 2020’

PERKARA

BUTIRAN

Pelaksana

JAWATANKUASA MUET, JABATAN PENGAJIAN AM

Tarikh

25 Febuari 2020

Hari

Selasa

Masa

8 pagi – 5 petang

Tempat

Dewan Kuliah Utama

Peringkat

Politeknik

Kumpulan Sasaran

Calon MUET Sesi 1-2020

Kejayaan/ Pencapaian

Seminar telah disampaikan oleh pakar MUET, En. Ismail bin Juned dan telah dihadiri oleh  calon MUET 1-2020

Ringkasan Perjalanan Program

8.30 – 10.30 pagi – READING

10.45- 12.45 tengahhari – WRITING

2.00 – 3.00 petang – SPEAKING

3.00 – 4.00 petang - LISTENING

Objektif Program

1.       Mendedahkan pelajar akan format-format soalan MUET

2.       Mendedahkan pelajar teknik menjawab semua elemen MUET dengan betul.

3.       Meningkatkan pencapaian Band 3 dan keatas bagi kesemua calon

 

Strategi Pelaksanaan

Seminar ini akan dilaksanakan pada setiap sesi peperiksaan yang dijalankan dan termasuk di dalam pakej yuran kelas intensif MUET yang dibayar oleh pelajar

Masalah/ Kekangan yang dihadapi

 Tidak semua calon dapat menghadirkan diri semasa seminar dilaksanakan berpunca dari kekangan kelas .

Alat bantu

PA Sistem, LCD, Laptop, Handouts

Kos

a)       Pendapatan

b)      Perbelanjaan

c)       Sumber

Impak Program

Keputusan MUET yang lebih memberangsakan

Dokumentasi

a)       Gambar

b)      Surat Jemputan / Surat Pelepasan Kuliah ( seperti dalam lampiran)

Senarai Nama Peserta

 Seperti dalam lampiran








PENCAPAIAN

JUMLAH CALON

Band 1

2

Band 2

59

Band 3

114

Band 4

23

Band 5

1

Band 6

0

X

5 ( seorang calon sakit, 4 orang tidak hadir peperiksaan bertulis)