PROGRAM BUBUR LAMBUK KASIH

Tarikh : 18 Jun 2017
Tempat : Masjid Politeknik Ibrahim Sultan


Program ini merupakan anjuran Masjid Politeknik Ibrahim Sultan dengan sukarelawan daripada wakil semua jabatan dan pelajar bagi menjayakan program bubur lambuk ini. Sebanyak 17 periuk bubur lambuk yang disediakan dan 3 periuk di serahkan kepada surau komuniti, manakala yang selebihnya diedarkan kepada warga politeknik dan sekitar Pasir Gudang.











PROGRAM KHATAM AL-QURAN

Tarikh : 28 Mei - 8 Jun 2017
Tempat : Masjid Politeknik Ibrahim Sultan

Program ini dijalankan untuk bersama-sama bagi mengimarahkan bulan Ramadhan dengan tadarus al-Quran dan dianjurkan oleh pihak Masjid Politeknik Ibrahim Sultan.  Penyertaan adalah terbuka kepada semua yang beragama Islam yang bertempat di masjid bermula jam 8.00-9.00 pagi setiap hari bermula 28 Mei hingga 8 Jun 2017. Secara tidak langsung program ini dapat mendidik warga JPA untuk memperbanyakkan ibadah di bulan Ramadhan serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.











Program Potluck JPA dan Sambutan Hari Lahir


Tarikh : 25 Mei 2017 (Khamis)
Tempat : Bilik Pensyarah A



Program ini adalah untuk meraikan sambutan hari lahir staf JPA pada bulan April, Mei dan Jun. Selain itu, diadakan juga program potluck bagi merapatkan hubungan silaturrahim sesama warga JPA sebelum menyambut Ramadhan al-Mubarak serta memupuk kerjasama dalam membawa makanan untuk santapan semua. Seterusnya, ia turut dapat bertukar -tukar menu dan saling merasai menu-menu yang berbeza pada hari tersebut. Program ini telah dirancang dan diuruskan oleh jawatankuasa kebajikan JPA bagi memeriahkan lagi suasana JPA serta mengurangkan tekanan bekerja individu.















Kursus Penutupan FRP

Tarikh : 24 Mei 2017 (Rabu)
Masa   : 8.30pg - 4.30ptg
Tempat : Bilik Persidangan UKPA

Kursus ini merupakan kerjasama di antara pihak JPA dan ULPL. Penceramah bagi kursus ini adalah Puan Norhidayah Binti Md Salleh . Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pensyarah JPA yang baru serta pensyarah lama mengenai tatacara penutupan serta pembukaan FRP. Selain itu, kursus ini sebagai platform kepada pensyarah untuk memastikan FRP dalam keadaan lengkap serta sentiasa dikemaskini sebelum ditutup dan diaudit .










Majlis Bacaan Yasin JPA

Tarikh : 21.05.2017 (Ahad)
Masa : 8.00-9.00 pagi
Tempat : Bilik Pensyarah A


Program ini adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama warga JPA serta membudayakan amalan kerohanian antara staf muslim dimana pembacaan yasin diketuai oleh Ustaz Mohd Faisal. Seterusnya, tazkirah ringkas juga disampaikan oleh Ustaz Mohammad Hamdan Bin Abdul Ghani mengingatkan semua mengenai kematian dan ibadah terutama menjelang Ramadhan tidak lama lagi. Selain itu, sahabat-sahabat yang telah kenaikan pangkat serta mendapat anugerah APC telah mengambil peluang meraikan kejayaan mereka dengan menaja juadah sarapan di majlis ini.