Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran 1433H

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Setiap kali tiba bulan Ramadhan, umat Islam tidak lepaskan peluang untuk khatam al-Quran. Apatah lagi pahalanya dilipat gandakan oleh Allah Taala. Oleh itu, Jabatan Pengajian Am dengan kerjasama PUSPANITA PIS bergabung tenaga untuk mengadakan Majlis Tadarus & Khatam al-Quran.
 
Program Tadarus al-Qurqn berlangsung sepanjang bulan Ramadhan dan kemuncaknya diadakan satu Majlis Khatam al-Quran pada 15 Ogos 2012 bersamaan dengan 26 Ramadhan 1433H di Dewan Kuliah Utama PIS.  Majlis ini diadakan bagi meraikan peserta khatam al-Quran lebih kurang seramai 75 staf dan pensyarah PIS. Di samping itu, majlis ini dapat mengeratkan lagi ukhuwwah di kalangan staf beragama Islam di PIS. Di akhir majlis, setiap peserta diberi sedikit cenderahati dan juadah berbuka puasa.
 

Tadarus al-Quran diadakan pada setiap minggu di Masjid PIS
 
 
 
Majlis Khatam al-Quran diadakan di Dewan Kuliah Utama, PIS.
 
 


BENGKEL BINA SOALAN

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tanggal 12 dan 13 Julai 2012, JPA mengadakan satu bengkel Pembinaan Soalan. Bengkel ini diadakan sebelum semester bermula. Tujuannya adalah untuk memudahkan para pensyrah berkumpul mengikut kursus masing-masing dan bekerjasama membina soalan. Pembinaan soalan adalah merangkumi soalan kuiz dan ujian. Secara tidak langsung bengkel ini memudahkan koordinator kursus untuk membuat ururusan seterusnya seperti mereso soalan.
 
Kursus ini diadakan selama dua hari dan bertempat di Perpustakaan. Semua pensyarah berkampung selama dua hari di sana untuk menyiapkan soalan yang telah diagihkan oleh koordinator masing-masing. Alhamdulillah, ia adalah satu usaha yang baik dan boleh diteruskan untuk semester akan datang.
 
 

Pensyrah unit Bahasa berbincang.



Perbincangan yang rancak dalam kumpulan masing-masing
 
 


Bekerja dalm kumpulan...yang sudah menjadi senang


Keceriaan di wajah para pensyarah. Maklumla satu kerja telah selesai...
 
 


Kursus Pentadbiran & Pengurusan Kewangan Islam

Salam dan Selamat Sejahtera. Pada 19 dan 20 Jun 2012, ULPL, PIS telah mengadakan satu kursus Pentadbiran dan Pengurusan Kewangan untuk Staf JPA. Keutamaan kursus ini adalah untuk staf Pendidkan Islam, namun kekosangan yang ada dibuka kepada staf JPA dari Kursus Bahasa. Fokus yang utama di dalam kursus ini adalah lebih kepada pengurusan harta pusaka. Ilmu yang diperolehi semasa kursus ini sangat berguna terutama kepada pensyarah yang mengajar kursus AA201 yang mengandungi tajuk faraid (pembahagian harta pusaka). Alhamdulillah, kursus selama 2 hari dapat memantapka lagi ilmu tentang pengiraan harta pusaka. Penceramah adalah daripada Majlis Agama Islam Johor.


Penceramah pada hari pertama


Peserta khusyuk mendengar penerangan daripada penceramah.


Penceramah pada hari kedua. Fokus kepada pengiraan harta pusaka.


Perhatian daripada peserta.


Peserta membuat latihan pengiraan faraid.


Peserta mengira jawapan pada papan putih.


Cendehati kepada penceramah.


Perjumpaan Staf anjuran JPA

Salam dan selamat sejahtera. Kini tiba giliran JPA menjadi tuan rumah bagi perjumpaan staf PIS. Perjumpaan ini telah diadakan pada 15 Jun 2012, bertempat di Dewan Besar PIS. Perjumpaan bermula pada pukul 8 pagi. Oleh kerana agenda yang agak banyak pada hari tersebut, maka perjumpaan dilanjutkan hingga jam 9.30 pagi. Ini tidaklah menjadi masalah kerana pensyarah belum sibuk dengan kuliah. Walaupun persiapan serba ringkas diadakan dua minggu sebelum perjumpaan, namun ia sangat meriah. Persembahan montaj dari AJK sangat menarik dan berjaya memukau staf.

 
 
Staf AJK kenalah datang awal pagi untuk menjaga kaunter pendaftaran.
Pn Farahdiba merangkap KJ JPA, antara yang terawal menandatangani kehadiran.
Sempat lagi staf JPA 'posing' sebelum majlis bermula.


 Staf dari jabatan-jabatan lain mula membanjiri dewan.
Beratur...beratur....jangan potong barisan.


 



 Ketibaan ketua-ketua dan Pengarah PIS.
Tuan Pengarah melanggah dengan gagah menuju ke pentas diiringi semua KJ dan KU.



 Ni dia pengerusi JPA yang tetap dan mantop...Ustaz Khairul Nizam. 
Emmm...nasib baik pengerusi boleh menyanyi lagu Bangsa Johor untuk menyelamatkan keadaan...
Ustaz Hamdi sebagai pembaca doa.
Ustaz Yusri dengan lantangnya membaca ikrar.



 
Wajah-wajah warga PIS yang bersemangat dan bersungguh2 memberi sepenuh perhatian.
 


Tuan Pengarah PIS menyampaikan amanat dengan yakin.
Kemudian sedikit taklimat OBE.
Seterusnya laporan Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Kemboja 2012 pada 8-11 Mei 2012.
Wah...begitu tekun staf JPA ni memberi tumpuan.

 

 Di akhir pejumpaan, sedikit majlis penyampain hadiah dan cendahati kepada staf cemerlang bulan Mei.
Serta Anugerah Kualiti bagi jabatan dan unit yang menang.
Anugarah diperolehi oleh JKM dan Unit Kaunseling.
TAHNIAH...