BENGKEL PEMBANGUNAN MOOC (JPA)



Pelaporan Program dan Aktiviti bagi Jabatan Pengajian Am
Politeknik Ibrahim Sultan

BENGKEL PEMBANGUNAN MOOC (JPA)
21-22 MEI 2018
PERKARA
BUTIRAN
Pelaksana
AJK E-LEARNING JABATAN PENGAJIAN AM & ULPL
Tarikh
21-22 MEI 2018
Hari
ISNIN & SELASA
Masa
8.30 AM- 5.00 PM
Tempat
E-LEARNING LAB, CDEC
Peringkat
JABATAN
Kumpulan Sasaran
Semua staf JPA
Kejayaan / Pencapaian
Sebanyak LIMA (5) MOOC platform telah berjaya dibangunkan:
1.     Kursus: DUE1012 COMMUNICATIVE ENGLISH 1
             MOOC: ORAL COMMUNICATION
2.     Kursus: DUE 1012 COMMUNICATIVE ENGLISH 1
             MOOC: READ-REFLECT-RESPOND
3.     Kursus: DUA 6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
             MOOC: KONSEP DAN PERANAN PENYIARAN ISLAM
4.     Kursus: DUB1012 PENGAJIAN MALAYSIA
MOOC: BAB 2 : PERLEMBAGAAN MALAYSIA
5.     Kursus: DUB1012 PENGAJIAN MALAYSIA
MOOC: PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK

Ringkasan Perjalanan Program
1.      Perbincangan dengan KP & KJ untuk mendapatkan maklumat keperluan dan agihan kumpulan
2.      Taklimat dengan semua ketua kumpulan untuk melancarkan proses pengagihan tugas dan pemantauan kerja penyediaan bahan untuk bengkel
3.      Proses penyediaan bahan – enotes, video production, video editing & aktiviti
4.      Pendedahan kepada cara-cara membangunkan MOOC di openlearning semasa Bengkel Pembangunan MOOC

Objektif Program
1.Membantu pensyarah membangunkan MOOC masing-masing secara berpandu.
2.Mendorong pensyarah untuk menghasilkan dan menambahbaik kualiti MOOC yang dihasilkan.
3.Membantu meningkatkan keyakinan pensyarah untuk membangunkan MOOC untuk semester akan datang.

Strategi Pelaksanaan
a) Pembahagian kumpulan dan taklimat mengenai keperluan MOOC diberikan oleh Penyelaras e-learning jabatan (Catherine) pada 11 April 2018
b) Memilih & merancang tarikh yang sesuai untuk kumpulan sasaran
b) Mencari tempat yang sesuai  
c) Memberi peringatan kepada para peserta pasal tarikh dan masa bengkel

Masalah / kekangan yang dihadapi

Berjalan dengan lancar.
Alatan Bantu
PA SISTEM/LCD/Laptop/ Peralatan Sukan/ dsg.
Impak Program
Berjaya meningkatkan pengetahuan, motivasi dan keyakinan para pensyarah untuk membangunkan MOOC masing-masing.

Dokumentasi
Gambar (dilampirkan sekali dengan laporan)
Senarai Nama Peserta
Hardcopy (senarai nama 21 peserta) telah dihantar kepada PLSJ .


Disediakan Oleh:
......................................................
CATHERINE NGUOI CHUI LAM
(Tarikh: 24 Mei 2018)


Disemak Oleh:
........................................................
NORFARAHI BINTI ZULKIFLI
(Tarikh:                     )


Disahkan Oleh:

.........................................................

(Tarikh:                      )














JAMUAN PERPISAHAN


Majlis Perpisahan meraikan 2 orang pensyarah yang berpindah iaitu Cik Mimi Aineen ke Politeknik Port Dickson dan En. Mohd Rafiq ke Kolej Komuniti Pagoh. Semoga mereka terus berjaya di tempat yang baru.











BENGKEL VIDEO EDITING



Pelaporan Program dan Aktiviti bagi Jabatan Pengajian Am
Politeknik Ibrahim Sultan

BENGKEL VIDEO EDITING
15 MEI 2018
PERKARA
BUTIRAN
Pelaksana
AJK E-LEARNING JABATAN PENGAJIAN AM & ULPL
Tarikh
15 MEI 2018
Hari
SELASA
Masa
8.30 AM- 4.30 PM
Tempat
BILIK TEC 1, CDEC
Peringkat
JABATAN
Kumpulan Sasaran
Semua staf JPA
Kejayaan / Pencapaian
-
Ringkasan Perjalanan Program
Pendedahan kepada penggunaan software FILMORA- WONDERSHARE untuk menghasilkan video bagi melancarkan pembangunan MOOC masing-masing.
Objektif Program
1.Membantu pensyarah menghasilkan video P&P sendiri (bagi yang tidak berkemahiran) secara berpandu.
Huraian: 66.6% daripada peserta sangat bersetuju dan 33.3% bersetuju bahawa ada peningkatan pengetahuan/ pemahaman berbanding sebelum ini.

2.Mendorong pensyarah yang mahir untuk menghasilkan dan menambahbaik kualiti video P & P.
Huraian:  66.6% sangat bersetuju dan 33.3% bersetuju yang pada keseluruhannya latihan/ kursus ini Berjaya dan bermanfaat.

3.Membantu pensyarah membuat persediaan dalam menyediakan bahan P& P untuk semester akan datang.
Huraian: 66.6% (sangat bersetuju) dan 25% (bersetuju) yang mereka lebih berkeyakinan untuk menghasilkan video P & P selepas bengkel. Hanya 8.3% iaitu seorang pensyarah yang kurang setuju dengan pernyataan tersebut.


Strategi Pelaksanaan 
a) Pembahagian kumpulan dan taklimat mengenai keperluan MOOC diberikan oleh Penyelaras e-learning jabatan (Catherine) pada 11 April 2018
b) Memilih & merancang tarikh yang sesuai untuk kumpulan sasaran
b) Mencari tempat dan penceramah (En. Amirul UIDM) yang sesuai  
c) Memberi peringatan kepada para peserta pasal tarikh dan masa bengkel
Masalah / kekangan yang dihadapi

Capaian internet yang lambat
Alatan Bantu
PA SISTEM/LCD/Laptop/ Peralatan Sukan/ dsg.
Impak Program
Berjaya meningkatkan pengetahuan, motivasi dan keyakinan para pensyarah untuk menghasilkan video P & P bagi melancarkan pembangunan MOOC

Dokumentasi
Gambar (dilampirkan sekali dengan laporan)
Senarai Nama Peserta
Hardcopy telah dihantar kepada PLSJ


Disediakan Oleh:
......................................................
CATHERINE NGUOI CHUI LAM
(Tarikh: 16 Mei 2017)


Disemak Oleh:
........................................................
NORFARAHI BINTI ZULKIFLI
(Tarikh:                     )


Disahkan Oleh:

.........................................................

(Tarikh:                      )







KURSUS INTENSIF PENGURUSAN JENAZAH (Teori & Praktikal)

Pelaporan KURSUS INTENSIF PENGURUSAN JENAZAH 
(Teori & Praktikal) 
bagi Skuad Pengurusan Jenazah PIS & Jabatan Pengajian Am
Politeknik Ibrahim Sultan

Disediakan oleh:
Mimi Aineen Binti Abu Mansor

Tarikh :29 April 2018
Hari : Ahad
Masa : 8.00 am hingga 1.30 pm
Tempat : Masjid Politeknik Ibrahim Sultan
Pelaksana : Skuad Pengurusan Jenazah PIS 


Kursus pengurusan jenazah ini, telah dilaksanakan secara intensif meliputi teori dan praktikal. Secara khususnya, penyertaan diwajibkan kepada ahli pelaksana SPJ PIS namun  dibuka kepada staf JPA. Ini adalah kerana kursus ini dilaksanakan secara berdepan agar peserta  mudah faham dan menerima apa yang disampaikan lalu tidak canggung untuk diaplikasi apabila  menguruskan jenazah sebenar kelak.

Seperti yang dimaklumi, objektif kursus ini dilaksanakan adalah untuk memberi  pendedahan dan kefahaman kepada peserta berkaitan teori dan tatacara praktikal pengurusan jenazah mengikut syariat Islam. Ia juga bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta  melakukan sendiri setiap proses pengurusan jenazah. 

Bagi memberi keberkesanan kepada peserta kursus, seorang penceramah yang mahir  lagi berpengalaman telah dijemput bagi mengisi keseluruhan slot kursus ini. Beliau adalah Ustazah Hafsah Binti Ahmad, dari Pusat Rawatan Islam Zahratussyifa, Johor Bahru. Peserta  telah menerima penerangan secara teori bermula dari slot terapi pembersihan hati, sehinggalah teori pengurusan jenazah secara berdepan dengan penceramah. Bagi peserta yang telah mengetahui berkenaan pengurusan jenazah, ia dapat memperkuat dan mendalami pengetahuan yang sedia ada. Manakala bagi peserta yang tidak pernah terlibat dalam pengurusan jenazah atau kurang mendalaminya, kursus ini memberi pendedahan kepada peserta berkenaan. Bagi slot praktikal seperti mandi, memotong kain kafan dan mengkafankan, peserta juga dapat terus bersoal jawab ketika sesi tersebut dilaksanakan. Tentatif yang telah dijalankan adalah:


1. Sarapan Pagi
2. Sesi Terapi Rohani Diri
3. Teori Pengurusan Jenazah
4. Praktikal :
a) Memandikan Jenazah
b) Memotong Kain Kafan
c) Mengkafan Jenazah
5. Tips Pengurusan Jenazah
6. Permasalahan dan Soal Jawab
7. Ucapan Timbalan Pengarah 2 SPJ PIS/ Ketua Jabatan Pengajian Am Puan Norfarahi Binti
    Zulkifli.
8. Penyampaian cenderahati.
9. Makan tengahari dan solat.

Bagi melancarkan kursus, pihak Bahagian Latihan Wanita SPJ menyediakan peralatan yang lengkap agar para peserta mudah memahami dan mengingat, lalu mudah dan cenderung untuk mempraktiknya kelak. Peralatan yang disediakan adalah :

a) Patung (CPR) bersaiz manusia normal.
b) Tempat dan peralatan mandi yang lengkap termasuk kapur barus, sabun, sintuk dan
    lain-lain.
c) Kain kafan yang belum berjahit yang lengkap dengan gunting dan kelengkapan yang
    lain termasuk air mawar, cendana, celak, minyak wangi.
d) Beberapa helai kain sarong, tuala dan berkaitan.

Peserta berpeluang melakukan sendiri pengurusan jenazah bermula menyediakan air bancuhan mandian sehinggalah memandikan. Peserta dapat mengetahui dan mengaplikasi memotong kain kafan sehingga mengkafankan. Untuk memudahkan peserta melaksanakan praktikal pengurusan jenazah ini, patung perubatan (CPR) digunakan. Oleh itu pensyarah lebih mudah mempraktikkan apa yang dipelajari terutama proses menggunting kain kafan dan mengkafankan jenazah.

Ternyata, kursus intensif pengurusan jenazah teori dan praktikal ini telah memberi impak kepada peserta dari segi mendalami dan mempraktik sendiri cara-cara pengurusan jenazah dari awal sehingga akhir. Selain itu, ia juga dapat mewujudkan keyakinan diri kepada peserta dalam perlaksanaan pengurusan jenazah. Justeru, mampu menambah ilmu pengetahuan kepada peserta dan paling utama memupuk rasa berani dan rasa tanggungjawab dalam pengurusan jenazah.