LAPORAN ACARA ‘ENGLISH EVENING 2014 – ‘GLITZY GLAMOUR’

Acara   : ENGLISH EVENING 2014 – ‘Glitzy Glamour’

Masa  : 8.00 p.m. – 11.00 p.m.

Tarikh    :  12 February 2014 (Wednesday)

Tempat: Dewan Serbaguna PIS

 

Pada 12 Februari 2014 bertempat di Dewan Serbaguna Politeknik Ibrahim Sultan, telah berlangsung program ‘English Evening 2014’ dengan tema ‘Glitzy Glamour – 80s & 90s’. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menggalakkan pelajar untuk berbahasa Inggeris bukan sahaja di dalam kelas, malah di luar kelas di samping mencari bakat lakonan serta nyanyian di kalangan pelajar P.I.S. Antara acara yang dipertandingkan untuk program ini  adalah Pertandingan Nyanyian solo dan kumpulan, Pertandingan Drama dan juga Pertandingan Teka Silangkata – dimana pusingan awal untuk setiap acara diadakan sepanjang bulan Januari dan untuk Pusingan Akhir Pertandingan Nyanyian serta Pertandingan Drama telah berlangsung pada malam program tersebut (12 Februari).

 

Pada malam tersebut acara dimulakan dengan ketibaan VIP. Antara VIP yang hadir pada malam tersebut adalah Ketua Jabatan Pengajian Am, En. Noor Azmi bin Asmawi dan Ketua Unit Bahasa, Pn. Parahsakthi a/p Chidambaram. Turut hadir untuk memeriahkan majlis adalah En. Abu Bakar bin Abdul Hamid, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar serta En Charles Brilee, Ketua Unit Perpustakaan. Mereka juga diundang ke program ini selaku juri untuk acara pertandingan akhir drama dan nyanyian. Acara bermula pada pukul 8 malam dengan ucapan serta perasmian program oleh En. Noor Azmi bin Asmawi. Selepas itu, pelajar DKM 5B membuat persembahan nyanyian akustik sebagai acara pembukaan program.

 

Kemudian, pertandingan pun bermula. Sebanyak 3 kumpulan yang bertanding untuk pusingan akhir kategori nyanyian berkumpulan, manakala, sebanyak 3 peserta akhir bertanding untuk pertandingan nyanyian solo. Untuk pusingan akhir drama pula, 2 kumpulan telah bersaing bagi meraih gelaran juara. Pertandingan turut diselang selikan dengan Acara Cabutan Bertuah dimana setiap pelajar yang telah membeli tiket berpeluang memenangi hadiah menarik. Selain itu, terdapat juga persembahan Choral Speaking dari pelajar Jabatan Hospitaliti serta persembahan yang dinantikan semua – persembahan dari para pensyarah JPA yang diketuai oleh Pn. Parahsakhti.

 

Sebelum program berakhir, acara penyampaian hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Ketua Jabatan JPA. Sekalung tahniah diucapkan kepada pemenang bagi kategori-kategori berikut:

            Kategori nyanyian solo

            Tempat pertama : Mohd Syazwan bin mohd Azfar

            Tempat kedua      : Ag. Mohd Afifi bin Ag  Safin

            Tempat ketiga      : Muhd Wafiy bin Azman

 

Kategori nyanyian berkumpulan

            Tempat pertama : AF Group

            Tempat kedua      : Lovely Girls

            Tempat ketiga      : Old Boys

 

Kategori Drama

            Tempat pertama : One Nation – DHK 1B

            Tempat kedua      : Borneo Team – JRKV

 

Ucapan terima kasih dan syabas kepada para pensyarah serta pelajar English Language Society yang terlibat keranan membantu untuk menjayakan program ini. Ucapan penghargaan kepada Ketua Jabatan serta Ketua Unit Bahasa kerana turut membantu dalam program ini. Semoga diharapkan program ini dapat dilangsungkan dengan lebih meriah pada masa yang akan datang.

 
 
 
 


NADWAH ISLAMIAH
 
 Oleh :
Ummul Hafizah Bt Ali

Tarikh :  31 November  2013
Tempat :  Masjid, PIS


            Tanggal 31 November 2013 yang lalu, Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am, Masjid Politeknik Ibrahim Sultan dengan kerjasama Asrama Politeknik Ibrahim Sultan dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan Program Nadwah Islamiah. Program berbentuk motivasi ini telah disampaikan oleh Encik Che Kamarulzaman Bin Che Hassan daripada Kaunselor Sekolah Menengah Kebangsaan Kerambit Kuala Lipis. Program  ini bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan telah dilakasanakan dengan jaya seperti yang dirancang.

            Program ini telah melibatkan seramai 171 orang pelajar semester satu kemasukan sesi Disember 2013 daripada semua jabatan berserta 27 orang jawatankuasa pelajar yang turut  terlibat dalam mengendalikan program ini.  Seterusnya, sebelum sesi ceramah motivasi bermula pelajar dikehendaki berkumpul di hadapan masjid bagi sesi senaman aerobik berzikir. Kemudian pelajar bersarapan dan mendirikan solat dhuha secara berjemaah yang dipimpin oleh jawatankuasa pelajar.  Setelah itu, Encik Khairul Nizam selaku pengarah program dan timbalan pengerusi masjid telah menyampaikan cenderahati kepada penceramah serta dijamu dengan santapan tengahari.

            Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar Politeknik Ibrahim Sultan bagi menghayati Islam dan menjadikannya sebagai amalan hidup. Selain itu, pelajar dapat menyemai sikap cintakan ilmu di kalangan pelajar Politeknik Ibrahim Sultan ke arah mencapai kecemerlangan. Program ini juga dapat memberi peluang dan pengalaman kepada pelajar untuk terlibat dalam mengendalikan program. Disamping itu, program yang dijalankan dapat mewujudkan hubungan silaturahim yang erat di antara para pensyarah dengan pelajar politeknik sendiri.

            Ucapan terima kasih kepada semua pensyarah dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini dan semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Sekian Wasalam.
 




 
 


HARI SUKAN JPA
 
 
Program ini telah diadakan pada hari Khamis bersamaan 20 November 2013 yang melibatkan semua staf JPA.  Tujuan program ini diadakan adalah untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan staf JPA serta sebagai satu program santai kepada staf JPA.
 
Program ini telah di anjurkan oleh pihak kebajikan Jabatan Pengajian Am sendiri yang diketuai oleh Encik Hamdan selaku ketua j/kuasa kebajikan. Terdapat 2 aktiviti yang dirancang iaitu di sesi pagi diadakan Pertandingan Paintball di AOV Paintball Park, Taman Desa Tebrau, Johor Bahru, manakala di sesi petang diadakan Pertandingan Bowling di Daiman Bowl, Johor Bahru.
 
Penyampaian hadiah bagi pemenang telah diadakan pada 25 November 2013 di JPA (A) yang telah disampaikan oleh En Noor Azmi bin Hj. Asmawi.
 
 





BENGKEL PENYELARASAN FRP
 
 
Bengkel ini telah diadakan pada 14 November 2013 di bilik seminar, ULPL yang telah disampaikan oleh Puan Juliawati mengenai panduan pembukaan dan penutupan FRP.