PROGRAM KEMBARA MINDA 2013

 

Oleh :
Ummul Hafizah Bt Ali
 

Tarikh :  7 September  2013
Tempat :  Dewan Kuliah Utama, PIS




            Tanggal 07 September 2013 yang lalu, Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar  telah menganjurkan Program Kembara Minda 2013 yang bertemakan ”Kembara Ilmu, Transformasi Minda”. Program tersebut telah dirasmikan oleh Encik Noor Azmi Bin Hj. Asmawi, Ketua Jabatan Pengajian Am. Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang ini telah dilaksanakan dengan jayanya.

            Program ini telah melibatkan seramai 52 orang pelajar khas daripada dua jabatan induk  iaitu Jabatan Pelancongan & Hospitaliti serta Jabatan Rekabentuk, Komunikasi & Visual.  Aktiviti yang diadakan berbentuk eksplorasi yang melibatkan 7 kumpulan pelajar khas dan terdapat 4 ’check point’ di mana setiap ’check point’  terdapat tugasan yang perlu dilaksanakan bagi melayakkan mereka untuk ke check point  yang berikut. Hadiah bagi pemenang program ini adalah secara berkumpulan, yang mana telah dikategorikan kepada 4 iaitu drama terbaik, gimik terbaik, eksplorasi terbaik serta kumpulan terbaik secara keseluruhan.
 
            Objektif program ini adalah untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap arahan-arahan yang diberikan melalui aktiviti yang dilaksanakan. Selain itu, pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan sedia ada seperti melukis, membaca dan berfikir dalam kehidupan sebenar. Program ini juga dapat membina daya fikir dan kreativiti di kalangan pelajar khas Politeknik Ibrahim Sultan dalam mempersembahkan gimik serta drama. Disamping itu, aktiviti eksplorasi yang dijalankan dapat merangsang motivasi diri untuk berdikari dalam menjalankan aktiviti harian. Seterusnya, program ini dapat menanamkan sifat tolong-menolong dan bekerjasama di antara ahli di dalam kumpulan serta melahirkan pelajar yang hebat di kalangan pelajar khas di Politeknik Ibrahim Sultan.

            Ucapan terima kasih kepada semua pensyarah yang terlibat dalam menjayakan program ini serta  kepada Ketua Jabatan Pengajian Am, Encik Noor Azmi Bin Hj. Asmawi selaku perasmi penutup Program Kembara Minda. Terima kasih juga kepada pihak pengurusan UO Angsana dan En Sadzali atas sumbangan hadiah kepada para pemenang Program Kembara Minda. Sekian Wasalam.


PENDAFTARAN PESERTA

Pendaftaran peserta di Dewan Kuliah Utama, PIS
Taklimat peserta disampaikan oleh Pn Juliawati

 
AKTIVITI 1 : GIMIK 
 

 Persembahan gimik peserta
 
 
 AKTIVITI 2 : EKSPLORASI MINDA

 
 
 
AKTIVITI 3 : PERSEMBAHAN DRAMA 

 
 
 
 
Penyampaian hadiah kepada pemenang oleh Ketua Jabatan Pengajian Am
Barisan fasilitator dan pensyarah yang terlibat dalam Program Kembara Minda 
 
 
 
MARHABAN JPA
 
 
Telah diadakan pada 14 September 2013 bersamaan hari Rabu di perkarangan pejabat JPA (A).
 
 
 

 

 
 
 
 


PROGRAM WARNA-WARNI AIDILFITRI 2013

Program ini diadakan pada hari Jumaat bersamaan 23 Ogos 2013 di perkarangan pentadbiran PIS.JPA telah memenangi tempat ke-2 bagi kategori Persembahan Terbaik dan tempat ke-3 bagi Kategori Juadah.

 
 
 
 







 
 
MAJLIS TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN DI SUK JOHOR, NUSAJAYA
 
 
 




MAJLIS TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN  1434H/2013M

 
Oleh :
Cik Ummul Hafizah Binti Ali


Tarikh :  26 Julai 2013
Tempat :  Dewan Kuliah Utama, PIS
            Tanggal 26 Julai 2013 yang lalu, Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan telah menganjurkan Majlis Tadarus dan Khatam al-Quran 1434H. Jemputan khas yang turut hadir di dalam majlis tersebut adalah Pn. Hjh Suzanah Binti Hashim, Timbalan Pengarah (Akademik) PIS. Majlis bermula pada jam 2.45 petang hingga 4.30 petang  dengan jayanya.

            Program ini telah dihadiri oleh 32 orang pensyarah Jabatan Pengajian Am, 60 orang pelajar dari setiap jabatan dan 21 orang pelajar sahaja yang terlibat dengan pembacaan khatam al-Quran yang telah diketuai oleh Ustaz Mohd Hamdi Bin Yaacob. Setelah selesai Majlis Khatam al-Quran, majlis diteruskan pula dengan Majlis Tahlil dan doa khatam al-Quran yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Hamdi Bin Yaacob dan Ustaz Mohammad Hamdan Bin Abd. Ghani.

            Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian ”Seorang Sekampit Beras ” kepada wakil ABIM yang bekerjasama dengan Puspanita PIS. Kemudian diadakan majlis penyampaian goodies bag serta bunga telur kepada pelajar-pelajar yang terlibat dengan khatam al-Quran oleh Pn. Hjh Suzanah Binti Hashim serta penyampaian cenderahati kepada tetamu khas. Selain itu, tetamu-tetamu yang menghadiri majlis ini juga dibekalkan dengan makanan bagi persediaan berbuka puasa.

            Objektif program ini adalah untuk menghidupkan bulan Ramadhan dengan penghayatan dan pembudayaan bacaan al-Quran serta amalan sedekah kepada pelajar yang memerlukan di Politeknik Ibrahim Sultan. Seterusnya memberi peluang kepada pelajar PIS untuk memperelokkan bacaan al-Quran serta melibatkan diri dalam pengendalian program. Disamping itu, majlis ini juga dapat mewujudkan hubungan silaturahim di antara pensyarah dan pelajar Politeknik sendiri.