Program Gotong-Royong Perdana 5s


PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA 5S

 
Pada 4 Oktober 2012 yang lalu telah diadakan program gotong-royong perdana 5s diperingkat politeknik yang melibatkan seluruh jabatan dan unit di PIS. Program ini merupakan langkah pertama dalam persediaan audit MPC pada tahun hadapan.

Logo 5s Politeknik Ibrahim Sultan
 
 
Persiapan & persediaan sebelum Gotong-Royong Perdana 5s
 
 
 
Semua staf JPA sedang bergotong-royong
 
 
Gambaran sebelum & selepas 5s
 
 
Gambaran sebelum & selepas 5s
 
Semoga kita dapat mengekalkan 5s dalam kehidupan seharian kita dan mendapat sijil MPC pada tahun hadapan.

 

 
 
 
 
 
 
 
 


Bengkel Pengurusan Jenazah AA201


BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH AA201


Salam sejahtera, pada 29 September 2012 (Sabtu) dan 6 Oktober 2012(Sabtu) telah diadakan bengkel pengurusan jenazah yang melibatkan pelajar semester 2 yang mengambil subjek Pendidikan Islam 2 (AA201). Bengkel ini dibawah kelolaan pensyarah yang mengajar subjek AA201.



Pelajar lelaki sedang menguruskan jenazah
 

Pensyarah menunjukkan tatacara penyediaan kain kafan


Pelajar perempuan mengkafan serta menyembahyangkan jenazah
 

Program Merdeka Raya



Program Merdeka Raya

 
Salam sejahtera, pada 14 September 2012 telah diadakan program Merdeka Raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Merdeka yang lepas.  Dimaklumkan JPA telah memenangi "Jabatan Paling Sporting".
 
 
Staf JPA bersama-sama meraikan sambutan Merdeka Raya
 

Ruang JPA bagi pertandingan Merdeka Raya
 
 
Terima kasih diucapkan kepada semua staf JPA yang telah bekerjasama dalam menyiapkan booth JPA bagi pertandingan Merdeka Raya dan telah menjadikan JPA pemenang bagi Jabatan Paling Sporting.
 

Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran 1433H

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Setiap kali tiba bulan Ramadhan, umat Islam tidak lepaskan peluang untuk khatam al-Quran. Apatah lagi pahalanya dilipat gandakan oleh Allah Taala. Oleh itu, Jabatan Pengajian Am dengan kerjasama PUSPANITA PIS bergabung tenaga untuk mengadakan Majlis Tadarus & Khatam al-Quran.
 
Program Tadarus al-Qurqn berlangsung sepanjang bulan Ramadhan dan kemuncaknya diadakan satu Majlis Khatam al-Quran pada 15 Ogos 2012 bersamaan dengan 26 Ramadhan 1433H di Dewan Kuliah Utama PIS.  Majlis ini diadakan bagi meraikan peserta khatam al-Quran lebih kurang seramai 75 staf dan pensyarah PIS. Di samping itu, majlis ini dapat mengeratkan lagi ukhuwwah di kalangan staf beragama Islam di PIS. Di akhir majlis, setiap peserta diberi sedikit cenderahati dan juadah berbuka puasa.
 

Tadarus al-Quran diadakan pada setiap minggu di Masjid PIS
 
 
 
Majlis Khatam al-Quran diadakan di Dewan Kuliah Utama, PIS.
 
 


BENGKEL BINA SOALAN

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tanggal 12 dan 13 Julai 2012, JPA mengadakan satu bengkel Pembinaan Soalan. Bengkel ini diadakan sebelum semester bermula. Tujuannya adalah untuk memudahkan para pensyrah berkumpul mengikut kursus masing-masing dan bekerjasama membina soalan. Pembinaan soalan adalah merangkumi soalan kuiz dan ujian. Secara tidak langsung bengkel ini memudahkan koordinator kursus untuk membuat ururusan seterusnya seperti mereso soalan.
 
Kursus ini diadakan selama dua hari dan bertempat di Perpustakaan. Semua pensyarah berkampung selama dua hari di sana untuk menyiapkan soalan yang telah diagihkan oleh koordinator masing-masing. Alhamdulillah, ia adalah satu usaha yang baik dan boleh diteruskan untuk semester akan datang.
 
 

Pensyrah unit Bahasa berbincang.



Perbincangan yang rancak dalam kumpulan masing-masing
 
 


Bekerja dalm kumpulan...yang sudah menjadi senang


Keceriaan di wajah para pensyarah. Maklumla satu kerja telah selesai...