CERAMAH KESEDARAN KENSER

Salam dan selamat sejahtera semua. Pada Jumaat, 25 Mei 2012 baru-baru ni jabatan kami, JPA telah menganjurkan satu ceramah "KESEDARAN DAN PENCEGAHAN KANSER SERVIK DAN PAYU DARA". Ceramah ini khusus untuk staf wanita sahaja. Ia diadakan di Dewan Kuliah Utama, PIS. Penceramah adalah jemputan khas dari satu pertubuhan NGO, iaitu Puan Mazni. Beliau adalah bekas pembantu doktor pakar di bahagian sakit puan.

Tujuan ceramah ini adalah untuk memberi kesedaran kepada kaum hawa tentang bahaya penyakit ini, yang mana ia adalah pembunuh utama wanita pada masa kini. Di samping itu, memberi perkhidmatan rawatan percuma kepada yang hadir.


 
Puan Mazni selaku penceramah. Ceramah dan celoteh beliau menarik minat penonton.

 
Staf yang khusyuk mendengar ceramah
 
 
Keceriaan pada wajah 3 gadis pingitan....

 
Pemeriksaan kesihatan percuma mendapat sambutan.



BENGKEL BUKU KERJA & BUKU NOTA

 Tanggal 21 dan 22 Mei 2012, buat pertama kali Jabatan Pengajian Am membuat Bengkel Penulisan Buku Kerja dan Buku Nota. Kami berkampung selama 2 hari di ULPL, PIS untuk menyiapkan buku nota dan buku kerja untuk digunakan pada semester depan. Semua pensyarah bahasa dan agama telah diberi tanggungjawab atau tajuk untuk disiapkan pada hari berikut.
Alhamdulillah, bengkel kami berjalan dengan baik dan teratur seperti yang telah dirancangkan. Terima kasih kami ucapkan kepada Dr. Prasanna dan AJK di bawah beliau, yang telah merancang dan mengatur bengkel ini. Walaupun pada hari tersebut Dr Prasanna tiada kerana bertugas di luar kawasan, bengkel tetap berjalan seperti yang telah dirancang.


 Para pensyarah khusyuk mengadap lap top masing-masing. Masa yang diberi hanya 2 haari sahaja. Nak tak nak...mesti disiapkan juga.


 Apa agaknya yang dibincangkan oleh Pn Zana, Pn Noor dan Ust Hamdan ni. Masalah kecik ke beso ni...


 Kerja dalam keadaan ceria. Apa agaknya yang Pn Aini gelakkan tu ek...
Ust Hamdi tu wat kerja ke... wat apa tu...


 Ust Nizam serius mengadap komputer.
Cik Helen dan Cik Akma (masa ni cik lagi) buat buku kerja nii kena ceria2 jangan tension2..


 Cik Ayu (masa ni pun masih cik lagi) siap bawa lap top lagi nak bincang dengan cik Roslina. 
Cik Angela dan Pn Yang bincang nak siapkan buku kerja


 Cik Mimi begitu bersemangat nak siapkan nota Pendidikan Islam.
Pn Shikin yang tekun menngadap lap top.


 Pn Dina dan En Hafizu begitu serius dan khusyuk mengadap lap top masing-masing.


 Orang kuat JPA Pn Farahdiba (KJ) dan Pn Wan (KP) turut serta dalam bengkel ini. Di samping tu memantau nak2 buah...buat kerja ke main2.
Pn Zana tu siap pegang dagu lagi...persis ahli fikir.


En Hosni (masa ni minggu terakhir di PIS) mengkaji nota2 untuk Pendidikan Islam bersama En Fazrin



Di akhir sesi bengkel pembentangan daripada Program Pendidikan Islam. Pembentangan daripada Program Bahasa ditangguhkan ke hari yang lain.



Festival Kesenian Islam Zon Selatan


Politeknik Ibrahim Sultan (masa ni masih lagi Politeknik Johor Bahru) bertuah kerana terpilih menjadi tuan rumah bagi Festival Kesenian Islam peringkat Zon Selatan. Jabatan Pengajian Am diamanahkan untuk menggerakkan festival ini. Selama lebih kurang 6 bulan para AJK bertungkus lumus untuk menjayakan program ini. Berbekalkan pengalaman-pengalaman lepas, kami bersungguh-sungguh untuk membuat yang terbaik. Maklumla program ini peringkat zon selatan yang melibatkan 6 buah politeknik. Antara politeknik yang mengambil bahagian ialah PIS, Politeknik Mersing, Politeknik Port Dickson, Politeknik Merlimau, Politeknik Kota Melaka dan Politeknik Nilai. Antara kategori yang dipertandingkan adalah Pertandingan Azan, Pertandingan Syair Bahasa Arab, Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris dan Pertandingan Nasyid.



HOTEL SELESA, Pasir Gudang menjadi tempat persinggahan para peserta festival. Mereka dikumpulkan di satu tempat untuk memudahkan penyampaian maklumat berkenaan perjalanan pertandingan. Pada malam sebelum pertandingan AJK pertandingan ditugaskan untuk menyampaikan taklimat ringkas kepada setiap perserta. Pada malam itu juga di adakan juga cabutan undi untuk pertandingan pada keesokannya.  Wajah-wajah tenang dan 'cool' para peserta terpancar, walaupun hakikatnya telah ada debaran di dada. Para pensyarah sebagai pengiring adalah sebagai penguat diri dan pemberi motivasi.

Inilah wajah-wajah para hakim yang arif lagi adil. Begitu serius wajah mereka untuk menentukan siapakah yang layak bergelar juara. Mereka antara orang yang sangat penting. Tanpa mereka pertandingan tidak dapat diteruskan. Para hakim setiap pertandingan dijemput khas dari luar institusi politeknik.
Astaka di Dewan Kuliah Utama direka khas untuk Perntandingan Azan dan Pertandingan Syair Bahasa Arab. Bagi Pertandingan Syair Bahasa Arab, PJB mendapat tempat pertama mengalahkan 5 politeknik-politeknik lain. TAHNIAH...!!!

 
Peserta PJB bagi Pertandingan Azan. Kemenangan tidak menyebelahi PJB.

 
Para penonton memeriahkan lagi suasana festival. Kehadiran pelajar-pelajar PJB sebagai penonton, sedikit sebanyak memberi semangat dan sokongan kepda peserta kita.




Antara peserta-peserta pertandingan nasyid yang mengambil bahagian. Tidak dinafikan persembahan-persembahan mereka berjaya memukau penonton. Pakaian mereka yang sedondon di tambah pula dengan aksi persembahan yang kreatif, sangat menarik perhatian pnonton dan para pengadil. Tepukan gemuruh dari penonton juga menaikkan semangat peserta. Apatah lagi apabila tiba giliran peserta tuan rumah membuat persembahan. TAHNIAH  buat PJB kerana mendapat tempat ke-3.

Ha..ini lah dia peserta-peserta bagi Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris. Bukan mudah nak bercerita ni, apatah lagi dalam Bahasa Inggeris. Dengan usaha dan tunjuk ajar dari pensyarah, sekali lagi PJB berjaya mendapat JUARA. TAHNIAH sekali lagi buat PJB.
Acara kemuncak festival adalah Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang. Masa ini agak-agaknya semua peserta berdebar-debar menanti keputusan yang akan diumumkan. TAHNIAH buat PJB kerana berjaya mendapat tempat dalam 3 kategori pertandingan. Kepada peserta yang gagal, jangan sedih, cuba lagi di lain masa. Kepada para pemenang, tahniah sekali lagi.

 
Para peserta Pertandingvan Syair Bahasa Arab bergambar bersama para hakim.